Madonna Peluk Sean Pean (Bekas Suami) Selepas 24 Tahun Tidak Bertemu
Tweet
Read more...
Madonna dan Sean bertemu buat pertama kali selepas bercerai 24 tahun lalu
PENYANYI Madonna dan bekas suaminya, pelakon Sean Penn saling berpelukan semasa bertemu pada majlis Secret Project Revolution yang diadakan di New York minggu lalu.
Daily Mail melaporkan, Madonna yang tiba-tiba terlihat kelibat Sean berlari mendapatkan lelaki itu dan memeluknya di hadapan semua tetamu termasuk ratusan jurugambar yang membuat liputan majlis tersebut.
"Dia seperti tidak dapat menahan dirinya selepas terlihat kelibat Sean pada majlis itu dan terus meluru mendapat lelaki berkenaan," kata sumber.
Madonna dan Sean turut menghabiskan masa untuk berbual dan mereka kelihatan gembira dapat bertemu di antara satu sama lain selepas 24 tahun bercerai.
Bagaimanapun pertemuan bekas suami isteri itu sekadar pertemuan dengan dua teman yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu.
Selain Madonna dan Sean majlis itu turut dihadiri oleh ramai selebriti seperti Lindsay Lohan dan Anderson Cooper dan dihoskan oleh Steven Klein.
Sumber mStar Online