GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 4 Oktober 2013

Terpengaruh dengan ajaran Syiah,Hampir bernikah dengan Bapak Saudara sendiri


Kuala Terengganu: Angkara terpengaruh dengan ajaran Syiah, seorang guru wanita hampir melakukan ‘kerja gila’ mengahwini bapa saudaranya sendiri, minggu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara itu berjaya dihalang apabila adik guru itu memaklumkan kepada ibu bapa mereka. “Ibu bapa guru itu gagal menghubunginya selama seminggu dan selepas mendapat maklumat berkenaan, ibu bapa gadis itu menyiasat melalui Facebook sebelum mendapati lelaki yang ingin dikahwini anak mereka itu adalah pengikut ajaran Syiah,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu kali ‘Mendepani Virus Syiah’ di sini, semalam.
Beliau berkata, guru itu yang berasal dari negeri ini dan bekerja di Kuala Lumpur, kini dipantau ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan anak mereka yang cuba dipengaruhi dengan fahaman Syiah oleh bapa saudara sebelah ibunya.
“Kami bersyukur kerana sempat menghalang wanita terbabit daripada berkahwin dengan bapa saudara sendiri. Peranan ibu bapa memang penting dalam memastikan anak tidak terjebak dengan fahaman Syiah itu.
“Kami harap ibu bapa yang melihat perubahan anak yang drastik ke arah agama, tetapi menyimpang dari amalan kebiasaan orang Islam supaya terus melaporkan kepada MAIDAM kerana dibimbangi terpengaruh dengan ajaran Syiah, pihak kami akan membantu bagi menyelamatkan akidah orang Islam yang terjebak dengan fahaman itu,” katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negeri ini supaya berwaspada dengan taktik segelintir pelajar dari negara luar termasuk Pakistan dan Iran yang berkemungkinan ingin menyebarkan fahaman Syiah di negeri ini.
“Pelajar di negeri ini perlu mendalami ajaran Islam dengan sebaik mungkin bagi memastikan mereka tidak mudah terjebak dengan fahaman berkenaan,” katanya.
Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP