GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 29 Mac 2014

Google perkenal cermin mata internet


CERMIN mata internet daripada Google dihasilkan dengan kerjasama pengeluar bingkai terkemuka dunia.

BERITA baik untuk mereka yang berkaca mata kerana pihak Google kini telah pun bekerjasama dengan pembuat bingkai kaca mata daripada jenama terkenal, Ray-Ban dan Oakley untuk menghasilkan kaca mata internet yang lebih bergaya.

Kerjasama terbaru antara Google dan syarikat pembuat kaca mata dari Itali, Luxottica Group itu merupakan usaha terbaru Google untuk mengembangkan lagi teknologi Google Glass bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan internet di mana sahaja mereka berada.

Sebelum pengumuman tersebut, Google turut mendedahkan bahawa pembuat aksesori fesyen, Fossil Group juga diumumkan sebagai rakan kerjasama dalam penghasilan jam tangan internet mudah alih yang membolehkan orang ramai menggunakan perisian Android Google yang dihubungkan kepada telefon bimbit.

Dengan kerjasama itu, Luxottica Group akan menghasilkan bingkai kaca mata berharga RM4,955 yang dilengkapi dengan peranti komputer Google Glass termasuk skrin bersaiz mini di cermin mata kanan pemakai yang membolehkan mereka melihat kandungan internet dan kamera yang boleh mengambil gambar serta video tanpa menggunakan tangan.

Setakat ini, Google menjual kaca mata Google Glass hanya kepada kumpulan terpilih yang dikenali sebagai Explorers yang didapati sangat fanatik untuk memakai kaca mata futuristik itu yang kelihatan seperti cyborg.
Dalam pada itu, Luxottica Group juga dijangka membantu Google memperluaskan pasaran penjualan kaca mata tersebut di 5,000 buah kedai milik syarikat Luxottica Group di Amerika Syarikat sebelum menembusi pasaran dunia.

Bagaimanapun, Google masih belum memaklumkanbila kaca mata Google Glass itu akan dijual secara meluas biarpun lebih 10,000 orang telah pun memilikinya terutama daripada kumpulan Explorers.

Selain langkah kerjasama itu, Google turut melancarkan empat bingkai kaca mata
yang boleh dilengkapi dengan kanta Google Glass yang lebih praktikal dengan kos tambahan sebanyak RM743 pada Januari lalu.

Dalam pada itu, harga untuk setiap model kaca mata yang dihasilkan oleh Luxottica Group tidak akan diumumkan sebelum ia dijual di cawangan kedai Luxottica Group. Jenama lain milik syarikat tersebut seperti Vogue Eyewear, Persol, Oliver Peoples, Alain Mikli dan Arnette juga akan dihasilkan dengan gabungan kaca mata Internet, Google Glass.

 - REUTERS

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP