GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 23 Mac 2010

Barang dapur punya kes

Rodziah : '' Abangg!! gula tinggal sedikit saja lagi..''

Encik Topik : '' Tunggu gaji lah lagi 2 hari..jimat jimat sikit gula tu..kurangkan manis dalam pegunaan gula..''

Rodziah : '' Beras ni pun macam tak sempat jer untuk tunggu gaji..? ''

Encik Topik : '' Tepung ada lagi tu..jika beras tak sempat kita makan cekodok atau lempeng jer sementara tunggu gaji ''..

Rodziah : '' Masalahnya minyak kelapa pun dah habis ''

Encik Topik : '' Erhh..Minyak Tanah ada ? ''..

Rodziah : '' Minyak tanah adaa..lebih hari raya untuk pelita tujuh likor tu..tapi abang nak buat apa..? ''

Encik Topik : '' Guna minyak tanah sebagai alternatif untuk goreng cekodok mau pun lempeng tu ''..

*** Kedengaran dentuman mesin kelapa lalu berterbangan antan lesung batu didalam rumah yang didiami keluarga encik Topik dan Rodziah..

21 Merujuk kepada perkara diatas :

::FAIZ:: 22 Mac 2010 pada 6:53 PTG  

haha, goreng pakai minyak tanah... hahahaha. Skang cos sara hidup tinggi....aku yg hdp sorang pun rasa cam susah je, apalagi yg ada family n anak ramai....

abu muaz 22 Mac 2010 pada 7:08 PTG  

tu GST ditangguh dulu...kalai tidak lagi parah

Mimie.Candy Cane 22 Mac 2010 pada 7:32 PTG  

hehehe...ape la rasa goreng pakai minyak tanah ye..

myQza 22 Mac 2010 pada 8:19 PTG  

ha ha ha ha.. melampau lah tu!!!

nak kena rotan ni!!

Che' Pit 22 Mac 2010 pada 8:20 PTG  

ngeh ngeh ngeh..

baik punya idea goreng pakai minyak tanah..

piewahid 22 Mac 2010 pada 8:46 PTG  

tensen nunggu gaji lah tu, hahahaha...:D

Cik SHiNJU 22 Mac 2010 pada 8:54 PTG  

huhuhu...melampau betul la En Topik tu..

kelompen 22 Mac 2010 pada 9:30 PTG  

huh mau 999 atau 991 tu beb, rentong, kira terbakar kelas 2 da..

endiem 22 Mac 2010 pada 9:37 PTG  

Maru aok, buat cerita gini pulok, tak lama lagi gaji lah..he he he

mr.kordes 22 Mac 2010 pada 10:01 PTG  

KAH KAH KAH!!!!!!!

sakit perot koi gelok ni bang!!!


WARGH KAH KAH KAH!!!!

mau akak tak mengamuk..goreng pakai myk tanah!!!!!!!kakakkakahH!!!!

Hashim Zabidi 22 Mac 2010 pada 11:09 PTG  

Rodziah : orang cakap molek-molek dia pula merepek. Haaa...ambik...

En.Topik: sabar yah sabar, kejap abang cari ( kena bergadai bergolok sementara tunggu gaji.Akibat taun baru cina orang makan gaji ada gaya nak merompak )

Dalam keadaan begini,kongsi bincang.

Aku Anak Pahang 23 Mac 2010 pada 8:38 PG  

Cari maru en topik tu hehehe...ikut sedak mulut dia aje bercakap hehehe betul doh kalau alu lesung tu singgoh kekepala hahaha...

deus X machina 23 Mac 2010 pada 8:56 PG  

koi suspek ni kisah sebenar aok ni
keh keh keh

Tanpa Nama ,  23 Mac 2010 pada 10:11 PG  

kalo x cukup minyak tanah bg tahu saya tlg belikan... hahaha!

Hairun Azmi 23 Mac 2010 pada 11:10 PG  

Kreatif yang melampau...Hahahaha

Tanpa Nama ,  23 Mac 2010 pada 12:39 PTG  

Msti encik topik dpt income byk sbb slalu jd hero dlm drama..

:P

mama affan 23 Mac 2010 pada 1:00 PTG  

goreng lempeng pakai minyak tanah..kasi org gol..hehe.

zulkbo 23 Mac 2010 pada 1:08 PTG  

salam Syed..
goner jadi gitu tu..he he
gaduh la laki bini..

Teja Evalea 23 Mac 2010 pada 2:18 PTG  

udah lama xsinggah sini,,
amek award utk uncle hee

Tanpa Nama ,  23 Mac 2010 pada 3:41 PTG  

salam rs..mak cik singgah dari rumah encik pie..hahaha..tulah akibatnya kalau mulut tak ada insuran..pakai sedap je berkata2 dah berterbangan antan n lesung batu..agaknya benjol tak kepala encik topik hehe

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP