Bekas kadet tentera didapati bersalah kerana siar aksi seks secara langsung dalam Skype
Tweet
Read more...
AAP © Dua lelaki telah didapati bersalah atas skandal seks Skype di Angkatan Tentera Akademi Australia.
Sydney: Dua bekas kadet tentera Australia semalam didapati bersalah dalam skandal seks yang dipaparkan secara langsung melalui Skype dan mencetuskan semula isu seksisme dan penderaan dalam pasukan pertahanan.
Daniel McDonald, 21, dan Dylan Deblaquiere, 20, didapati bersalah oleh juri di Canberra kerana menyalahgunakan Skype di Akademi Angkatan Pertahanan Australia (ADFA) pada 2011. McDonald juga didapati bersalah melakukan pencabulan apabila dia menyiarkan secara langsung aksi seksnya dengan seorang kadet wanita melalui Skype secara rahsia. Aksi itu ditonton Deblaquiere dan empat kadet lain di sebuah bilik berasingan.
Mangsa yang kini berusia 20 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu atas sebab perundangan tidak menyedari perbuatannya dirakam. Mengalami trauma, dia merujuk kepada pihak media dan menggesa kerajaan mengarahkan kajian semula terhadap budaya seks di ADFA.
Canberra secara rasmi meminta maaf kepada mangsa penderaan dalam tentera November tahun lalu selepas lebih 1,000 orang tampil dalam satu daripada inkuiri mengenai penderaan seksual dan penderaan lain bermula dari 1950-an hingga kini.
Inkuiri itu melaporkan upacara kekejaman dan gambaran budaya merahsiakan atau melindungi, gagal menghukum pesalah dan bersengketa dengan mangsa yang membuat aduan.
Dalam inkuiri berasingan terhadap layanan kepada wanita di ADFA, kolej ketenteraan utama di Australia, mendapati gangguan seksual secara meluas berlaku dan budaya “bertolak ansur” pada wanita hanya mengikut jawatan dan bukan atas dasar persamaan hak.
- Reuters