GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 8 Mei 2010

Lari dari sekatan Polis

Terkini ada lagi al kisah remaja ditembak Polis sila klik ( Sini )..

Ini kisah kawan pernah satu ketika dizaman dulu kala kawan masih remaja belia..baru beli motor 80 CDI kaler biru bunyi hebat juga sebab selenser tidak punya lubang..zaman itu belum jumpa lagi dengan fiberglass untuk sumbat dalam ekzos..

Biasa anak muda remaja malam minggu akan keluar kebandar makan makan dan menonton wayang terutamanya midnight show di sebuah panggung yang bernama ReX...sekarang telah dijadikan pusat jualan buah buahan tempatan..

Pada malam itu kawan dengan geng ( rodong ) telah keluar dengan motor masing masing seorang satu tiada yang membonceng sebab ada yang berlesen L saja.. Kawan pula masih belum punyai lesen..hanya berani berani saja..

Sampai disatu selekoh antara Sek Men Chung Hwa ( kawasan ini blogger Hai - hantam saja lah pasti tau ) ada Road block.. Arhh sudah..hendak pusing kebelakang dah tak sempat..semua pakat terus saja..

Kawan yang paling akhir tak sempat buat apa dah sebaliknya terus meluru sahaja kepada 2 orang encik Polis tersebut.. '' Debuk ! '' terasa perit belakang kawan..kawan sempat jeling kebelakang..salah seorang encik Polis tersebut sedang mengutip note book dan buku saman yang telah jatuh bertabur.. Fuhh !'' nasib encik Polis itu baling kawan dengan note book..

*** Kiranya Polis dahulu hanya suka baling dengan note book atau torch light saja..tidak macam Polis sekarang suka main tembak tembak..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP