GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 30 September 2010

Bila suara katak membelah malam


Malam ini malam jumaat..hujan pula turun renyai renyai..mata tidak lagi masih mau tidur..
kedengaran pula suara katak sahut menyahut..ada bunyi yang parau..ada pula yang bunyi tersekat sekat..mungkin kesejukan barangkali..

Bila mata hendak lelap saja semakin kuat pula bunyi katak..

'' Cilaka punya katak..memekak! ''..getus hati kawan..

Buka pintu rumah terus memasang telinga...nak tau arah mana bunyi katak yang paling kuat tadi..kedengaran di arah perdu serai yang sedang merimbun..capai cangkul..

Tiba tiba.. '' Tap ! ...lampu hadapan terpasang..

'' Lor..aok buat benda pegang cangkul malam malam gini ''..kata Akak..

'' Saja nak libas katak ni..mekak je..nak tido pun tak senang ''..jawab kawan..

'' Laa..tak ada kerja lain dah ke aok ni..bila orang suruh menyangkul buat batas ke atau cangkul rumput aok malas..''..kata Akak dengan suara meninggi sedikit..

Kawan terus sahaja membiarkan katak yang sedang bersahut sahutan semacam memperli kawan..

*** Nanti lah..tentu kena buat Operasi tangkap katak satu hari nanti..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP