GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 1 Oktober 2011

Protes lumur badan dengan jagung


* AKSI seorang aktivis, Brama Santos yang melumurkan badannya dengan jagung dan tepung semasa sambutan Hari Jagung Kebangsaan di bandar raya Mexico kelmarin. - Reuters

MEXICO CITY - Beberapa orang aktivis melumurkan seluruh badan mereka dengan tepung dan butir jagung semasa menyambut Hari Jagung Kebangsaan kelmarin.

Jagung merupakan makanan ruji penduduk Mexico. Sambutan tersebut yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan alam sekitar termasuk Greenpeace diraikan di bawah slogan yang bermaksud Tiada Jagung Tiada Negara.

Aksi aktivis-aktivis berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengunjungi dataran El Zocalo di sini.Sambutan itu diadakan bagi membantah pengeluaran bijirin jagung yang diubah suai secara genetik dikenali sebagai jagung transgenik.

Para aktivis turut menuntut pemerintah membatalkan dua kebenaran yang telah diberikan pada 2009 untuk melakukan ujian penanaman jagung transgenik di Mexico. - AP

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP