GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 25 Oktober 2011

Berbogel untuk bayar hutang


* DANNII ditemu bual oleh Morgan berhubung kisah hidupnya di stesen televisyen ITV1, London baru-baru ini.

LONDON - Juri program realiti televisyen popular, The X Factor, Dannii Minogue mengakui dia pernah berbogel dalam sebuah majalah kerana dia mahu mendapat wang untuk membayar hutang, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi pop Australia dan adik kepada penyanyi, Kylie, 41, itu mendakwa, dia bertindak demikian bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah £150,000 (RM845,597) pada 1995.Dannii, 38, ketika itu dalam proses perceraian dengan suaminya, seorang aktor terkenal, Julian McMahon.

Dia berbogel dalam sebuah majalah lucah edisi Australia pada Oktober 1995.

"Keluaran bulan itu paling laris dan pihak penerbit terpaksa mencetak lebih banyak naskhah," katanya.

Dia mendedahkan pengalaman sedih itu dalam satu rakaman wawancara bersama dengan pengacara Piers Morgan di stesen televisyen ITV1 yang akan disiarkan esok.

"Saya tidak menyesal tetapi berasa lega apabila ramai orang tahu kenapa saya nekad berbogel kerana saya memikul beban yang berat," kata Dannii. - Agensi

* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP