GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 27 Februari 2012

Nenek 'meninggal' hidup semula


John menemani isterinya, Lorna selepas bekas jururawat itu kembali sembuh di hospital - AGENSI

LONDON 26 Feb. - Secara teknikalnya, Lorna Baillie telah diisytiharkan 'meninggal dunia' akibat serangan jantung dan hanya bergantung kepada sistem sokongan hayat.

Namun, 45 minit kemudian, keadaan mula menjadi kecoh apabila Baillie, 49, 'hidup semula' selepas suaminya, John, 58, membisikkan 'Saya sayang awak' kepadanya.

Wanita tersebut mula membuka matanya dan menggenggam tangan anak sulungnya, Leanne, 31 tahun.

Akibat terkejut dengan reaksi tersebut, John dan tiga anaknya memanggil jururawat, namun mereka hanya diberitahu ia merupakan 'pergerakan tiba-tiba' akibat rawatan perubatan jangka panjang.

Enggan mempercayainya, keluarga tersebut meminta jururawat terbabit memanggil doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat denyutan nadi dan Baillie dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bekas jururawat berasal dari Prestonpans, Timur Lothian itu dimasukkan ke hospital pada 10 Februari lalu setelah dia tiba-tiba rebah di rumahnya akibat serangan jantung sebelum diumumkan meninggal dunia secara teknikal iaitu pernafasannya akan berhenti sedikit demi sedikit.

"Kami terkejut dengan apa yang berlaku namun bersyukur ibu masih bersama kami dan tidak pernah jemu untuk memberi semangat kepadanya agar terus kuat," kata Leanne.

Dua minggu selepas 'keajaiban' tersebut, Baillie sudah mampu duduk dan berbual dengan ahli keluarganya, malah terus menunjukkan perkembangan positif, walaupun mengalami kegagalan buah pinggang. - AGENSI

* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP