GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 26 Jun 2012

Gara-Gara Curi RM50, Dipenjara Sehari


KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri wang RM50, seorang tukang cuci warga Indonesia dipenjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.
Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Endang, 35, selepas dia mengaku bersalah mencuri wang milik pegawai wanita Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM), Lee Yee Ming, 37.
Endang yang tinggal di kawasan Sunway, Petaling Jaya, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat PIDM, Tingkat 15, Jalan Stesen Sentral 4, Brickfields, di sini pada 11.35 pagi, 14 Jun lepas.
Wanita itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, melalui rakaman kamera litar tertutup, seorang pengawal keselamatan melihat Endang mencuri wang itu sebelum menahannya di Aras 12, pejabat PIDM pada 3 petang hari berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh diwakili peguam S. Narasimhan.Endang membayar denda tersebut. 
-BERNAMA

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP