GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 27 April 2013

HINDRAF sokong perjuangan kerajaan


Kuala Lumpur: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam mengubah nasib kehidupan masyarakat India ke arah kemajuan lebih baik.
Pengerusinya P Waytha Moorthy berkata, BN menunjukkan komitmen dalam membantu masyarakat India apabila menyokong pelan induk HINDRAF yang gagal mendapat persetujuan dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang.
“Selepas 24 mesyuarat diadakan dengan pakatan pembangkang, apa yang jelas mereka tidak mahu membuat perubahan pada ekonomi dan nasib masyarakat India.
“Namun, menerusi empat mesyuarat rasmi dengan pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, BN secara terbuka memberi komitmen mahu mempertingkatkan ekonomi masyarakat India termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, daripada enam usul pelan induk berkenaan, BN tidak melaksanakan dua usul iaitu mewujudkan Suruhanjaya Polis Bebas dan menandatangani perjanjian hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
* Sumber



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP