GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 1 Ogos 2014

VIDEO,AKIBAT KALAH BERTARUH PIALA DUNIA LELAKI PANJAT GUNUNG DENGAN MEMAKAI SELUAR DALAM WANITA

Jon Jolley
Wrexham (Wales): Seorang peminat bola sepak di sini mungkin menjadi orang yang paling rugi dalam bertaruh ketika kejohanan Piala Dunia lalu.
Jon Jolley bertaruh £100 (RM540.00) ke atas Brazil untuk menjuarai kejohanan itu dengan penyerang handalannya Neymar memenangi anugerah kasut emas. Kerana begitu yakin akan memenangi pertaruhan itu, dia juga berikrar: “Jika Brazil tidak berjaya membawa pulang piala kali ini, saya akan mendaki Gunung Snowdon dengan hanya memakai thong (seluar dalam wanita),” katanya.
Namun, sangkaan Jolley meleset kerana Brazil gagal memenangi piala berkenaan.
Dengan kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman dalam peringkat separuh akhir, Jolley terpaksa menunaikan janjinya.
Menurut media, dengan tidak memakai apa-apa selain seluar dalam wanita, Jolley mendaki gunung setinggi 1,085 meter itu dalam masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke puncak, kelmarin. “Saya orang yang berpegang pada janji. Biasanya jika bertaruh dalam perlawanan, saya tidak akan menyuarakan sesuatu seperti ini, tetapi kali ini Neymar dan David Luiz benar-benar menghampakan saya. “Selepas menangis selama beberapa jam, saya sedar saya boleh menjadikan kekecewaan ini kepada sesuatu yang positif. “Dengan menunaikan janji saya itu, saya menjadi lelaki pertama mendaki gunung dengan berseluar dalam. Pada masa sama, saya juga memungut derma dan berjaya mengumpul £450 (RM2,427) untuk tujuan kebajikan,” katanya. 

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP