GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 27 Disember 2011

Bapa cipta basikal gergasi untuk anak


* ZHANG YALI menguji basikal gergasi ciptaannya di luar sebuah rumah gudang yang disewa di Jilin, China kelmarin.
JILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini.
Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong.
Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter.
Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu.
Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters
* Sumber

Read more...

Tipu suami kerana mahu berasmara Mat Bangladesh



ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung sempena cuti Krismas kelmarin, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.
Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu.

“Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka dicekup berkhalwat, “ katanya.

Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah.

* Sumber myMetro



Read more...

Ceroboh rumah berkhalwat : Sepasang kekasih tidur berpelukan



ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

* CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya

* Sumber myMetro

Read more...

Isnin, 26 Disember 2011

Skandal paling sensasi Hollywood


DUNIA hiburan Hollywood sepanjang tahun 2011 tidak pernah kering dengan kisah-kisah mengejut terutamanya berkaitan peribadi selebriti mereka. Berikut adalah enam kisah skandal paling sensasi tahun ini yang masih belum habis menjadi buruan media dan tatapan umum. Duduk di tangga pertama adalah kisah skandal pasangan Ashton Kutcher dengan Demi Moore diikuti Jennifer Lopez dan Marc Anthony.
1 Ashton Kutcher / Demi Moore
Kutcher, 33, curang terhadap isterinya, Moore yang berusia 49 dengan seorang gadis berusia 22 tahun. Gadis tersebut dikenali sebagai Sara Leal, menjadi teman sosial Kutcher selain mendakwa pernah tidur dengan aktor tersebut. Lebih memedihkan, Kutcher curang pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya yang jatuh pada 24 September lalu.
2 Jennifer Lopez / Marc Anthony
Pasangan ini membuat kejutan dengan mendedahkan mereka sudah tidak lagi mahu menjadi pasangan suami isteri pada bulan Julai lalu selepas tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun satu sumber memberitahu, Lopez, 42, sudah mahu menuntut cerai daripada Anthony, 43 sejak dua tahun lalu namun membatalkan hasratnya kerana Anthony merayu agar tidak ditinggalkan. Lopez kemudian dilihat menjalin hubungan dengan penari bernama Casper.
3 Will Smith / Jada Pinkett Smith
Mengejutkan apabila Will dan isterinya, Jada Pinkett Smith yang sudah berkahwin selama 14 tahun akhirnya memilih untuk bercerai pada Ogos tahun ini. Perceraian mereka didakwa kerana Pinkett kononnya mempunyai hubungan sulit dengan Marc Anthony.
4 Justin Theroux  / Jennifer Aniston
Jennifer Aniston memang selalu ditinggalkan. Selepas ditinggalkan Brad Pitt, namun ada satu 'kemenangan' yang akhirnya diperoleh oleh aktres tersebut. Aktor Justin Theroux didakwa sanggup meninggalkan kekasih selama 14 tahunnya, Heidi Bivens untuk meraih cinta Aniston.
5 Kelly Osbourne / Luke Worrall
Skandal cinta Kelly Osbourne dengan Luke Worrall yang kemudian beralih arah kepada Elle Schneider adalah skandal cinta paling tragis. Kelly membatalkan niat untuk berkahwin dengan Worrall selepas mendapati Worrall bercinta dengan kaum sejenisnya! Ya, Elle adalah seorang lelaki yang sedang menanti keputusan pertukaran jantina sebagai seorang perempuan.
6 Arnold Schwarzenegger / Maria Shriver
Pada bulan Mei tahun ini, pelakon dan gabenor Arnold Schwarzenegger mengumumkan dia berpisah dengan isteri selama 25 tahunnya, Maria Shriver. Semuanya berpunca daripada skandal yang dibuat oleh Schwarzenegger dengan pembantu rumahnya, Mildred Baena yang telah berkhidmat bersama keluarganya sejak 20 tahun lalu. Mereka mempunyai anak lelaki bernama Joseph yang kini sudah mencecah usia 13 tahun.
* Sumber

Read more...

Protes seksi aktivis haiwan


* AKSI empat aktivis PETA semasa melakukan demonstrasi di Hollywood, California kelmarin.
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Empat aktivis hak haiwan antarabangsa PETA mengadakan demonstrasi separuh bogel dengan mewarnakan badan mereka.
Keempat-empat aktivis wanita itu menutup menutup payudara mereka dengan memegang sepanduk semasa berarak di sebuah lebuh pejalan kaki utama di pusat bandar Hollywood di sini Jumaat lalu.
Ia dilakukan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam.
Namun, polis tetap menahan seketika empat wanita berkenaan yang masing-masing mewarnakan badan sebagai seekor lembu, harimau bintang, ular dan harimau.
Kumpulan aktivis berkenaan dibebaskan tidak lama kemudian selepas keterangan mereka diambil.
Demonstrasi seksi itu diadakan bagi menggesa orang ramai supaya memberi 'kelegaan' kepada haiwan dengan tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang pada musim cuti Krismas tahun ini. - AFP
* Sumber

Read more...

560 penari Odissi catat rekod dunia


* PARA penari India mempamerkan tarian klasik India, Odissi dalam percubaan mencatat rekod dunia Guiness. - AFP
BHUBANESWAR, India - Seramai 560 penari beraksi serentak sempena Festival Odissi Antarabangsa yang bermula di Stadium Kalinga di sini pada Jumaat lalu.
Persembahan selama 30 minit tersebut merupakan usaha penganjur untuk mencatat rekod dunia persembahan tarian Odissi terbesar di dunia.
Acara selama lapan hari tersebut disertai oleh penari dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, Jerman dan Brazil.
Tarian Odissi merupakan antara tarian klasik India.
Pada tahun lalu, rekod tarian klasik Kuchipudi terbesar di dunia dicatat di bandar Hyderabad, India oleh seramai 2,800 penari. - Agensi
* Sumber

Read more...

Ops! Tak sengaja : terpijak tali gaun hingga menampakkan ........


* AUN Sun tertarik turun kerana Fang Ling terpijak talinya.

Aktres China, Sun Feifei akhirnya faham apa yang gadis-gadis TOWIE sudah tahu berbulan lalu ... untuk dikenali di persada antarabangsa, apa yang perlu dia lakukan hanya tunjukkan sedikit payu dara.

Tapi yang menyedihkan untuk bintang TV ini, ia disebabkan satu kejadian yang memalukan di karpet merah.

Sun kelihatan sangat jelita dengan gaun panjang berwarna putih ketika bergaya di hadapan jurugambar dalam perjalanan masuk ke dewan untuk acara Anugerah Esquire di Beijing.

Ketika dia berpusing untuk masuk ke bangunan, hos malam itu, Fang Ling dengan ‘tidak sengaja’ terpijak tali gaun aktres itu lantas menarik gaun itu ke bawah.

Sun bernasib baik kerana dia mengenakan coli tanpa tali dan seorang pembantu dengan cepat membalut tubuh Sun dengan selimut berwarna kelabu.

Sebelum anda merasa kasihan dengan Sun, apa kata anda lihat dahulu gambarnya.
Laman web berbahasa Inggeris tempatan, Shanhaiist.com mempersoalkan ketulenan insiden itu.

Ia menulis, “Tangan Sun yang terbuka dan raut wajahnya yang terperanjat - seperti dibuat-buat juga wajah Fang yang terperanjat juga seperti dibuat-buat, menjadikan kami rasa insiden itu seperti dirancang untuk sengaja mendapatkan publisiti.”

Lagipun, ini adalah cara terbaru aktres China cuba mendapatkan perhatian kepada dada mereka daripada skil lakonan mereka.

Minggu lalu, Liu Yuxin dengan berani mendedahkan dadanya.

Hos televisyen Liu Wan juga sering memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya.

Walaupun begitu, kejadian terpijak gaun aktres di karpet merah sebenarnya adalah perkara biasa.

George Clooney, Harrison Ford dan Brad Pitt pernah juga tersalah langkah.
Mungkin Fang benar-benar tidak sengaja.

* Sumber


Read more...

Ahad, 25 Disember 2011

Akibat Pohon Ganja Dijadikan Hiasan sambut Krismas

Pohon ganja jadi hiasan Natal (Foto: Daily Mail)


KENT - Seorang lelaki mendekorasi pohon ganja yang ditanam dirumahnya layaknya seperti pohon Natal. Akibat ulahnya, polis pun langsung menjebakannya ke dalam penjara.

Ian Richards terpaksa merayakan pesta Natal tahun di dalam penjara. Dirinya harus menjalani hukuman penjara 18 bulan kerana dengan sengaja menanam tanaman memabukkan itu. 

Jabatan Polis Kent, Britain ternyata sudah melakukan penyelidikan terhadap Richards yang diyakini sebagai bandar pengedar ganja. Ketika mereka menggeledah rumahnya, ternyata sebagian besar ganja hidpronik itu sudah dipenuhi dengan hiasan Natal.

"Dengan merubah pohon ganja setinggi 1,5 meter sebagai pohon Natal, membuktikan bahawa Richards memang tidak menghormati hukum sama sekali," ucap Ketua Polis Derren Dennett seperti dipetik Daily Mail, Sabtu (24/12/2011).

Polis juga menemukan salah satu kamar rumahnya diubah menjadi sebuah pabrik panen ganja. 

"Dia mengaku menanam pohon ganja itu sebagai konsumsi peribadi. Tetapi lewat temuan yang ada jelas sekali membuktikan dia memang menjual ganja dalam jumlah besar," jelasnya

* Sumber Okezone.com

Read more...

Donald Trump kuat merajuk

* Barack Obama (kiri) dan Donald Trump.


Keluar parti Republikan terkilan dituduh guna debat promosi diri sendiri lima calon presiden enggan sertai bahas 

WASHINGTON: Ahli perniagaan terkemuka dan personaliti realiti televisyen, Donald Trump, keluar daripada Parti Republikan, menukar pendaftaran undiannya kepada calon bebas di New York, dalam langkah yang dilihat memudahkan persaingan tiga penjuru pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun depan.


Tindakan Trump itu diumumkan 10 hari selepas hartawan hartanah itu mengumumkan membatalkan rancangan untuk menjadi pengacara perbahasan antara calon Presiden Parti Republikan dalam usaha melindungi kemungkinan bertanding sebagai calon bebas.
Hanya dua calon bersetuju mengambil bahagian dalam forum yang dirancang Trump pada Selasa depan di Iowa. 

“Trump sudah berkata sejak hampir setahun lalu jika dia tidak berminat dengan siapa yang menjadi calon Republikan, dia mungkin bertanding sebagai calon bebas. 

“Tindakannya keluar parti bertujuan melindungi haknya untuk memutuskan hala tuju seterusnya selepas rancangan akhir program The Apprentice, Mei depan,” kata jurucakapnya, Michael Cohen, lapor akhbar Los Angeles Times. 

The Apprentice ialah rancangan pertandingan realiti televisyen yang dihoskan Trump. Pemilihan presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada November 2012. 
Trump dianggap ada niat bertanding merebut pencalonan Parti Republikan sebagai presiden. Dia juga dicemuh kerana menuduh Presiden Barack Obama, dari Parti Demokrat, mungkin tidak dilahirkan di Amerika. 

Pada masa sama, Trump tidak pernah mengadakan kempen sebenar dan pengkritik menyifatkan usahanya dalam perkara itu hanya usaha mempromosi diri sendiri. 

Calon yang enggan menyertai debat yang dikendalikan Trump termasuk bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney; bekas Gabenor Utah, Jon Huntsman; Gabenor Texas, Rick Perry serta ahli Kongres, Ron Paul dan Michele Bachmann.

Hanya bekas Speaker Kongres, Newt Gingrich dan bekas Senator, Rick Santorum bersetuju mengambil bahagian. 

Apapun, Trump dianggap bukan penyokong setia Republikan kerana hanya menyertai parti itu pada 2009. Beliau lebih lama menjadi anggota Demokrat apabila mendaftar sebagai ahli pada 2001 sebelum mengubah angin. 

Cohen juga berkata: “Suatu perkara yang pasti ialah Trump memang berazam supaya Obama tewas dalam persaingan 2012.” – Reuters 


* Sumber Berita online 

Read more...

Jururawat dipecat tutup mulut pesakit



SALT LAKE CITY 24 Dis. - Dua jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di Utah dipecat minggu lepas kerana menutup mulut seorang pesakit wanita dengan pita pelekat dan berjenaka mengenai kejadian itu.

Pesakit tersebut, Penny Artalejo dimasukkan ke Pusat Perubatan Utah Valley di Provo pada 17 Disember lalu kerana muntah selepas mengambil ubat untuk sakit leher kronik.

Anak perempuan Artalejo, Brittany Bilson berkata, emaknya mengalami kancing gigi dan dia merintih kesakitan.

"Jururawat berkenaan menyuruh ibu saya senyap, melekatkan pita pelekat ke mulutnya dan berjenaka mereka akan dipecat jika ditangkap melakukan perbuatan itu.'

"Tindakan itu tidak berperikemanusiaan. Kami mengharapkan mereka menjaga orang yang kami sayangi dan berharap perkara buruk tidak berlaku,'' ujarnya.

Artelejo berkata, dua jururawat berkenaan mengetahui perbuatan mereka itu salah dan dia juga sedar apa yang berlaku walaupun berada dalam kesakitan.'

Bilson marah apabila dimaklumkan kejadian itu oleh ibunya dan terus melaporkan kepada ketua jururawat dan pihak pentadbiran pusat perubatan itu.'

Jurucakap pusat perubatan itu, Janet Frank berkata, siasatan penuh sedang dijalankan dan jururawat yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita telah dipecat Rabu lalu. - AGENSI

* Sumber

Read more...

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya


* SEBUAH treler membawa 18,000 kilogram ais krim terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin. KANAN: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan memeriksa keadaan karton-karton ais krim yang bertaburan di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.

INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.
Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan.
Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan.
Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi
* Sumber

Read more...

Lisa Surihani dan Yusry KRU Nikah 23 Februari


* Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya pada Sabtu. Foto THE STAR Oleh SHAARI CHE MAT.
PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.
Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pegumuman.
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.
"Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.
Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.
"Bagaimanapun tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana kami memilih untuk bernikah terus pada tarikh yang diumumkan itu," katanya.
Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.
"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa yang penting nanti adalah majlis akad nikah.
Yusry menambah, setakat ini mereka berdua masih belum memikirkan sebarang konsep untuk majlis itu nanti tetapi akan berbincang dengan Lisa dan keluarga dalam masa terdekat.
"Saya baru hantar tanda semalam dan hari ini umum tarikh pernikahan jadi kami masih belum membincangkan mengenai perancangan majlis itu nanti cuma lokasi sahaja telah ditempah," ujarnya.
Berhubung isu perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro, Yusry berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat antara pihak pengurusan mereka dengan stesen berbayar tersebut.
Bagaimanapun katanya, keputusan sama ada perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung atau tidak adalah terletak ditangannya dan Lisa tetapi tidak dapat memberi jawapan sekarang kerana masih belum ada perbincangan.
"Seperti saya katakan tadi, kami mahukan perkahwinan ini menjadi satu majlis yang sederhana dan bukannya ingin menunjuk-nunjuk.
"Bagaimanapun sebarang hak penyiaran atau tajaan akan kami fikirkan sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan," ujarnya.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner selain abang sulungnya, Norman Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.
Ibu Lisa ketika ditanya mengenai perkahwinan anaknya berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan mengenai siapa pilihan anak gadisnya itu dan membiarkannya memilih lelaki yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suami.
"Sudah tentu saya gembira dengan perkahwinan anak saya selain menganggap Yusry adalah seorang lelaki yang baik dan saya merestui perkahwinan ini," ujarnya.
Manakala ibu yusry, Zarina berkata, Lisa adalah seorang yang mudah didekati dan gembira dengan kehadirannya dalam hidup Yusry dan mengambil berat tentangnya.
"Lisa sangat disukai oleh semua ahli keluarga saya kerana sifat ramahnya dan saya gembira dia sangat mengambil berat tentang Yusry," katanya.
* Sumber mStar Online

Read more...

Bergaduh untuk dapatkan kasut Nike


* KASUT Air Jordan yang baru dibeli dipamer di depan orang ramai di luar sebuah kedai kasut Nike di bandar raya San Francisco kelmarin.
SEATTLE, Amerika Syarikat(AS) - Kekecohan berlaku di banyak kedai di seluruh AS kelmarin ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan kasut bola keranjang Air Jordan terbaharu keluaran Nike.
Di beberapa buah tempat di AS, polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan yang hampir membawa kepada kekacauan.
Orang ramai beratur panjang sejak semalam untuk mendapatkan kasut Air Jordan retro yang merupakan versi Air Jordan paling popular pernah dikeluarkan oleh Nike.
Di pinggir bandar raya ini, polis menggunakan semburan lada untuk meleraikan 20 pelanggan yang bergaduh di pusat beli-belah di Westfield Southcenter.
Orang ramai mula berkumpul di empat kedai di pasar raya berkenaan sekitar tengah malam dengan jumlah mereka mencecah 1,000 orang menjelang pukul pukul 4 pagi (waktu AS), apabila kedai-kedai mula dibuka.
"Pada pukul 3 pagi, terdapat insiden pergaduhan dan tolak menolak antara mereka," kata seorang pegawai polis, Mike Murphy.
Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.
Kekecohan untuk mendapatkan kasut Air Jordan yang dijual pada harga sekitar $180 (RM567.90) untuk sepasang kerap mencetuskan situasi merbahaya sebelum ini.
Beberapa orang pernah disamun malah, dibunuh kerana versi awal kasut itu yang mula dicipta oleh syarikat Nike Inc. pada tahun 1984. - Agensi
* Sumber

Read more...

Sabtu, 24 Disember 2011

Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan


* AP SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin.
THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.
Menurut mereka, kenaikan itu akan menyebabkan perniagaan kereta mayat berkubur.
Para pemandu itu menyatakan, mereka terpaksa membayar cukai jalan enam kali ganda menjelang minggu depan kerana kereta mayat telah dikategorikan sebagai kenderaan persendirian.
Pemilik kereta mayat di bandar ini memandu kenderaan tersebut dari sebuah kawasan perkuburan ke sebuah bangunan pentadbiran wilayah.
Rakan-rakan mereka yang lain di bandar raya Athens memandu kereta mayat dengan perlahan semasa melintasi bangunan Parlimen. - Agensi
* Sumber

Read more...

Pelajar tunggu SPM jadi GRO


* SEBAHAGIAN wanita dipercayai GRO ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan diDamansara Perdana, Petaling Jayakelmarin.
PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.
Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.
Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.
"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.
* Sumber Kosmo! Online

Read more...

Tingkat khas untuk wanita di hotel


* AFP SEBUAH bilik di tingkat 17 yang dikhaskan untuk wanita.
COPENHAGEN, Denmark - Hotel Bella Sky di sini tidak membenarkan lelaki memasuki tingkat 17 yang dikhaskan hanya untuk pelanggan wanita.
Tingkat 17 itu dikenali sebagai lantai Bella Donna diwujudkan supaya pelanggan wanita berasa selamat walaupun ia melanggar undang-undang hak persamaan jantina.
Bella Donna dalam bahasa Itali bermaksud Wanita Cantik di Itali.
Seorang pelanggan wanita yang mahu membawa lelaki ke bilik di tingkat 17 perlu meminta pihak pengurusan hotel menukar bilik mereka ke tingkat lain. - AFP
* Sumber

Read more...

Budak tsunami hilang 8 tahun ditemui hidup

* YURANDA (tengah) berbaring di atas katil, sambil diperhatikan Yusnidar (kanan) dan seorang anggota keluarga di rumah mereka di Meulaboh, Aceh semalam.


Ibu bersyukur Mary Yuranda dihanyut Lautan Hindi selamat 

MEULABOH: Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai maut dalam tsunami yang menyerang Indonesia lapan tahun lalu kembali semula ke rumahnya di perkampungan kecil di Aceh Barat dalam keadaan selamat.


Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Mary Yuranda kini 14 tahun, baru berusia lapan tahun ketika gelombang tsunami melanda perkampungan Ujong Baroh pada 26 Disember 2004.
Ibunya, Yusnidar, cuba untuk melarikan diri dari ombak tsunami di Lautan Hindi bersama anak perempuannya dan dua adik beradik lain apabila dia terlepas genggaman ibunya dan dihanyutkan air yang deras itu. 

Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang dan tidak akan kembali. 

Bagaimanapun, Rabu lalu, Ibrahim, datuk Mary, menerima seorang tetamu di rumahnya yang ditemani seorang gadis remaja memakai tudung kepala berwarna biru. 

Tetamu yang juga pemandu teksi itu berkata gadis berkenaan datang ke kedai kopi Simpang Pelor tetapi hanya mendiamkan diri. Penduduk menyangka dia seorang pengemis dan cuba berbual dengannya. 

“Gadis itu mendakwa datang ke sini menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang namun tidak tahu bagaimana. Dia juga tidak dapat mengingati nama ibu bapa atau saudara mara kecuali Ibrahim,” kata pemandu teksi berkenaan. 

Selepas mendengar penjelasan tetamu itu, Ibrahim segera menyedari gadis itu mungkin cucunya yang sudah lama hilang dan selepas meneliti gadis kurus berkulit gelap, dia yakin gadis itu adalah Mary yang hilang dalam tsunami tujuh tahun lalu. Ibrahim kemudian mengarahkan Yusnidar, 35, dan suaminya Tarmius, 42, datang ke rumahnya dan bertemu Mary. 

Kedua-dua Yusnidar dan Tarmius mengesahkan identiti Mary selepas mengenal pasti tahi lalat kecil dan parut di atas keningnya yang diperolehnya ketika berusia enam tahun. 

“Tanda lahir pada perutnya dan parut tahi lalat pada wajahnya membuktikan gadis itu anak saya,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya. 

“Saya tidak dapat beritahu anda betapa bersyukurnya saya,” katanya. 

Apa yang berlaku kepada Mary selepas dihanyutkan ombak tsunami tidak didedahkan kepada media kecuali sejak beberapa tahun lalu dia ditempatkan di daerah lain di wilayah Aceh. 

Laporan menyatakan Mary dipaksa menjadi pengemis sebelum berjaya melarikan diri dan kembali ke kampung halamannya. – Agensi/AFP 


* Sumber

Read more...

Padah cinta Awang Hitam


KUALA LUMPUR: Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah.

Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan.

Huda, pelajar kolej swasta di ibu kota, berkata dia bercinta dan tinggal serumah dengan James, 30, selama tiga tahun selepas mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta.

Menurutnya, pada awal perhubungan James sangat mengambil berat dan memberinya pelbagai kemewahan menyebabkan dia lupa segala tanggungjawabnya sebagai pelajar dan umat Islam.

“Sepanjang bercinta, semua perbelanjaan pengajian dan peribadi saya ditanggung James, malah dia turut memberikan wang tambang teksi untuk saya ke kuliah setiap hari.

* Sumber myMetro



Read more...

Video : Maharaja Lawak Mega minggu 9 | Osbon dan Boboi



* Antara yang menyengat..orang lama (PIMAI) telah terkeluar dari saingan untuk ke Final..



Read more...

Jumaat, 23 Disember 2011

Ini Dia Foto Twitter Terheboh Selama 2011


telegraph.co.uk
London – Sepanjang 2011, ternyata tak ada foto lain yang mampu mengalahkan foto yang satu ini. Foto ini berhasil menarik perhatian banyak pengguna Twitter di 2011.
Para staf di Twitter mengumpulkan tweet paling menarik untuk gambar dari Twitter di 2011. Semua gambar yang ada terkait peristiwa-peristiwa utama yang terjadi di seluruh dunia.
Foto ini yang diambil pada Januari-Februari ini diambil saat terjadinya pergolakan di Arab, Tunisia dan Mesir.
“Subversif paling cantik dari aksi protes. Seorang warga aktivis Mesir anti-pemerintah mencium polisi kerusuhan,” kata @christineestima seperti dipetik Telegraph
* Sumber inilah.com

Read more...

Lelaki bercinta dengan kereta


* SMITH membelai Vanilla sebagai tanda cinta terhadap keretanya itu.
EDWARD SMITH sememangnya seorang lelaki yang pelik. Dia mengaku bercinta malah melakukan hubungan seks dengan kereta miliknya iaitu sebuah Volkswagen Beetle berwarna putih. Kereta itu dipanggilnya dengan nama Vanilla.
Walaupun perlakuan itu aneh, warga Amerika Syarikat (AS) itu bertegas mengatakan dia bukan orang gila.
"Saya menghargai kecantikan dan perkara itu direalisasikan terhadap kenderaan bermotor iaitu kereta.
"Mungkin hubungan cinta terhadap kereta pada pandangan orang ramai adalah satu tindakan luar biasa tetapi apabila saya menonton filem Herbie dan Knight Rider di mana kereta dipeluk dan disayangi, timbul perasaan yang indah selepas itu," kata Smith, 60.
Lelaki dari Washington itu menggambarkan dirinya seorang yang romantik apabila mencium 'teman wanitanya' itu.
Bukan itu sahaja, Smith juga mengarang sajak, menyanyi dan berbual dengan kereta itu seolah-olah objek besi itu wanita sebenar.
"Jangan persoalkan tindakan saya. Saya tidak menyakiti orang lain," ujarnya.
Realitinya, lelaki pelik ini mula bercinta dengan kereta semasa berumur 15 tahun. Dia juga mendakwa tidak mempunyai ghairah terhadap wanita.
Selain obses yang melampau terhadap kereta, dia juga pernah bercinta dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam drama televisyen tahun 1980-an, Airwolf.
Sama seperti Vanilla, Smith juga banyak menghabiskan masa dengan sebuah kereta klasik Opal GT buatan tahun 1973 yang dinamakan Cinnamon serta Ford Ranger Splash yang dipanggilnya Ginger.
Sebelum bercinta dengan Vanilla, dia menjalin hubungan selama lima tahun dengan kereta Volkswagen Beetle yang dibeli daripada sebuah keluarga di Washington.
Tetapi lelaki yang masih bujang ini mengakui kebanyakan kereta yang dicintainya merupakan milik individu lain atau yang terdapat di kedai-kedai automotif.
Bagaimana pula dengan kehidupan peribadinya?
"Hubungan terakhir saya dengan wanita tulen berakhir pada 15 tahun lalu.
"Ia berakhir kerana saya tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap mereka sekalipun kami melakukan hubungan seks," ujarnya.
Pendedahan sikap pelik Smith terbongkar selepas ia disembunyikan selama beberapa tahun apabila dia bersetuju untuk ditemu bual dalam sebuah program dokumentari televisyen Channel Five di AS baru-baru ini.
Dokumentari itu berkisar mengenai individu yang mengalami masalah penyakit mekanofilia. Penyakit itu menyebabkan seseorang mencintai benda, alatan, motosikal ataupun kereta.
Mereka yang menghidap penyakit ini menganggap alatan dan benda seperti kekasih. Golongan itu juga melakukan hubungan seks dengan objek berkenaan.
Kebanyakan individu menghidap mekanofilia disebabkan kurang mendapat kasih sayang semasa kecil ataupun kecewa yang keterlaluan dalam percintaan.
Cinta
Pada tahun 2007, seorang lelaki, Robert Steward dihadapkan di Mahkamah Ayr Sheriff, Scotland kerana melakukan hubungan seks dengan basikal di sebuah hotel di Ayr.
Robert ditemui oleh pekerja hotel yang terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka biliknya. Semasa pintu dibuka, Robert hanya memakai baju baju T tanpa mengenakan seluar.
Pekerja hotel mendakwa mereka melihat lelaki itu memegang basikal dan cuba melakukan seks dengan kenderaan itu.
Sementara itu, Smith memberitahu, semasa remaja dia hanya meminati kereta terbaharu di pasaran.
"Lama-kelamaan hobi itu bertukar menjadi cinta. Semasa berumur 13 tahun, kereta jenis Corvette Stingray ketika itu ibarat cinta pandang pertama saya," kata Smith.
Cerita Smith tidak terhenti begitu sahaja. Dia menambah, semasa meletakkan kereta di tempat letak kenderaan, dia sering tertawan apabila terpandang kereta lain.
"Ada banyak kereta yang menarik minat saya. Ia membuatkan saya sanggup menunggu hingga waktu tengah malam untuk merapati kereta itu sebelum memeluk dan menciumnya," katanya.
Smith bertegas di sebalik perwatakan eksentriknya, dia bukan seorang homoseksual.
Hakikatnya, kecintaan Smith terhadap kenderaan bermotor bukan sahaja dialami olehnya.
Smith mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 500 individu lain di seluruh dunia yang mempunyai hubungan cinta dengan kenderaan masing-masing.
Ini membuatkan mereka sering berhubung dan berbual-bual di Internet mengenai kekasih mereka.
Bagaimana pula Smith menghargai Vanilla? Adakah dia menghargai buah hatinya itu dengan membawanya ke restoran mahal, menghadiahkan bunga ros ataupun membeli coklat berbentuk hati?
"Saya hanya membasuhnya dengan penuh kasih sayang selain memastikan Vanilla berada dalam keadaan baik.
"Sekiranya ada bunyi pelik atau kerosakan kecil saya akan segera membawanya ke bengkel untuk dibaiki kerana Vanilla sedang mengalami kesakitan," cerita Smith.
Selain itu, dia juga membawa Vanilla ke stesen minyak untuk diisi petrol yang dianggap sebagai penyambung hayat kereta kesayangannya itu. - Agensi
* Sumber

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP