Pergerakan dipagi Selasa ( sembang dikedai kopi )
Lokasi disebuah warung belakang Pejabat Pos.. Kelihatan encik Rosli Ghani sedang menghembuskan asap rokok setelah menghirup setengah cawan air tea beliau..
Encik Topik : '' Sedap rokok ye Li.. jenama apa yang aok hisap?..
Rosli Ghani : '' Jenama XXXX ni..murah masih mampu koi membeli lagi ''..
Encik Topik : '' Lor ..Li aok tak takut ke jenama rokok yang murah gini.. rokok tiruan ni sangat merbahaya untuk kesihatan..
Lalu encik Topik menghulurkan sebatang rokok yang berjenama terkenal yang harga mencecah hampir RM10 sekotak kepada Rosli Ghani..
Rosli Ghani : '' Sedap rokok jenama mahal ni ye Topik.. tapi koi tak mampu nak membeli ''..
Encik Topik : '' Memang sedap Li..sebab itu harganya mahal ''..
Berterusan lagi sembang mereka sehingga bab menyimpan duit dan menyentuh mana mana rakan rakan mereka yang tidak merokok.. ( mengumpat sikit sikit )
Encik Topik : '' Kawan rasa lah Li.. tentu Mail rodong kita tu banyok simpan duit sebab dia tidak merokok ''..
Rosli Ghani : '' Tak ada ke banyok lah Topik..semalam baru dia minjam duit koi RM20 untuk beli beras 10% hancur.. koi bagi lah sebab ia kata dah 2 hari makan lempeng ''..
Encik Topik : '' Herh..! sesak weh Mail te.. dulu dia ada ngata kawan ngisap rokok ni tak boleh simpan duit ''...
Setelah siap pekena tea dan habis 3 batang rokok seorang maka keduanya pun beredar.. untuk memulakan tugas masing masing..
*** Tahun 1983 - 1998 kawan menjadi perokok selama 15 tahun boleh simpan duit.. tapi sekarang sudah berhenti merokok macam tidak boleh saja nak menyimpan duit ..ishk2.. nak kena isap rokok semula gamaknya..
19 Merujuk kepada perkara diatas :
err la ni rokok lagi mahal.. start tengah tahun ni, rokok 14 dah x jual.. hmm xper, CP x merokok, x effect pun hihi
* Heh heh cP..bagus kerana tidak merokok..!
macam cari alasan nak merokok smula je gaya bunyinyer. kena report ke kakaknya ni... hehehehe
* Heheh en Pie..jangan report sebab kawan dah berjanji sama akak tidak akan merokok lagi..nanti bantal serta gebar berada di luar bilik..
salam rodong..
paleh aok berjaya berhenti nak hisapa balik..realiti hidup badan berkualiti..teruskan berenti nasihat dari koi..koi merokok mmg ada niat nak berenti ..kalau boleh pusing balik hidup ni..pertama koi nak mintak "TIDAK MEROKOK"..
sengaja cari alasan nak merokok semula !
Nak memulakan je susah. Bila dah termula susah nak berhenti...
Aduss...Tak yohlah isap rokok balik...
alasan sungguh aok tu hehehe
Isap rokok byk2, isap la tp time tak dpt rokok, jgn nak mrh anak bini!
:P
Kawan entoh laa bila nak brenti merokok..keknya pada tak berduit lalu macam mail tu baik kawan merokok aje tentu ada duit spel utk membeli rokok hehehe....
pakcik..
dulu tak menyimpan,tapi berkemungkinan besar nak dapat penyakit..
skang tak menyimpan dan jantung pun sihat..
pakcik nak yg mane?
alasan!
rokok tu cuma satu sebab je... ada faktor2 lain yg aok tak ambik kira pasal tok nyimpan tu...
ALang-alang dah berenti teruskan je la.. Hehe... Keh nie nak bereni, tapi tak pernah nak menjadi~~
Takper..kawan akan cuba berhenti membeli sahaja..
kadang2 nengok org merokok nih mcm macho...tapi itu kadang2 jelah hehe..
merokok dan simpan duit adalah dua perkara yang berlainan. Tapi kedua duanya adalah sikap atau tabiat.
x kena mengena simpan duit ngan hisap rokok...laki koi pun x menyimpan gak duit,walaupun x merokok dari muda....tapi sekurang2nya tak le buang duit ke menda x berpekdah gitu!!duit byk abih ke membesorkan anak2 je...suma tgh rancak belajor!!
Catat Ulasan