GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 31 Julai 2010

Cuba mengelak


Sewaktu melewati sebatang jalan yang berhampiran sebuah pusat membeli belah tadi..terlihat kawan kelibat seseorang rodong ..mundar mandir di tepi pusat perniagaan itu..

Kawan cuba mengelak tapi beliau terus nampak kawan..lantas menahan kereta kawan dan belum sempat apa apa kawan terus hendak meminjam duit daripada beliau..

'' Fuhh..selamat kawan dengan taktik begitu..sebab sememangnya sudah kerap kali beliau meminjam duit dari kawan dan juga sudah ramai yang terkena tapi tiada berganti..

Jadi sebelum dia cuba hendak meminjam duit dari kawan..terlebih dulu kawan terus cuba membuat pinjaman dari beliau.. Tips ini pun kawan belajar dari seorang rodong yang pernah terkena '..

Dan..kawan pernah cuba kepada seorang penjual ubat..

''..bang beli ye minyak ni..murah saja RM10 sebotol..boleh gosok dimana saja..minyak kelapa cak Badak ini baik bang ''..kata Penjual ubat itu..

'' ..Alahai dik..sori ye..Pakcik pun penjual minyak ni..hari ni Pakcik Off '' jawab kawan..dan penjual ubat itu terus saja berlalu..

*** Berkesan tapi tengok tempat..seperti juga ada penjual madu lebah tiruan yang semacam paksa anda membeli ..cakap kat penjual tu..saya pun penjual madu ori..pokok Tualang punya..

Read more...

Laman sosial punca cerai

SHAH ALAM- Ketagihan melayari laman sosial kini berpotensi menjadi punca keretakan sesebuah institusi kekeluargaan.

Pengerusi Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abdul Ralip berkata, perkara ini berlaku seiring dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan kegilaan masyarakat sehingga lalai dan lupa peranan dalam keluarga.

Menurutnya, kewujudan laman sosial membantu merapatkan hubungan luar termasuklah kehadiran ‘individu ketiga’ antara kedua pasangan suami isteri.

:“Saya pernah mengendalikan sebuah kes di mana si isteri mengadu si suami terlalu leka melayan Facebook sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadapnya. Kes tersebut berakhir dengan penceraian.

:“Tidak mustahil apabila melayari laman sosial itu, si suami akan bertemu dengan bekas teman wanita, manakala si isteri pula bertemu dengan bekas teman lelaki. Situasi kian parah apabila cinta lama berputik kembali,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

:Sehubungan itu, melayari laman sosial perlu mempunyai had tertentu dan tidak terlalu leka sehingga tanggungjawab sebagai suami dan isteri terabai.

Katanya, berdasarkan pemerhatian, penceraian juga boleh berlaku, antaranya, kerana tidak memahami pendidikan agama dan batas pergaulan sosial, suami tidak bertanggungjawab dalam memberikan nafkah, kehadiran orang ketiga dan hubungan intim yang hambar...

Selanjutnya berita di ( siNi )

*** Ha ah`..tak tau..

Read more...

Jumaat, 30 Julai 2010

Ah long diculik, dibelasah peminjam


'' Ada berita pelik sikit hari ini kat dalam surat khabor ''.. kata Rosli Ghani kepada Encik Topik ..

Kedua dua mereka sedang sibuk minum tea di Gerai belakang pejabat Pos ..

'' Berita benda Li ''..tanya Encik Topik..

'' Ah Long diculik dan dibelasah peminjam '' ..kata Rosli Ghani..

'' Tak ada yang peliknya tu Li ''...kata Encik Topik..

Lantas Rosli Ghani membisikkan sesuatu ke telinga Encik Topik..

'' Aok jangan nak buat gila Li..kawan tak sanggup nak culik mr Amrand Singh ceti..lagi pun dia ceti Syarikat kewangan berlesen dan ada lesen yang sah..

*** Selamat berjumaat..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( Gotong Royong basmi nyamok Aedes )


Semasa bergotong royong basmi nyamok Aedes anjuran PBT dan KRT di kawasan Taman Perumahan Kak Zakiah dan Rozita.. encik Hamdan pegawai Perpaduan sempat juga bersembang dengan mereka berdua..

'' Rasanya pihak PBT dan KRT dah buat silap ni..ada ke buat Gotong Royong pada hari jumaat ''.. kata Kak Zakiah

'' Betul lah encik Hamdan..ni yang kedatangan penduduk tidak memberangsangkan..hari ini adalah hari bekerja '' ..kata Rozita pula..

'' Itu lah saya dah cakap kat KRT..tapi dia orang nak buat juga pada hari ini ''.. kata encik Hamdan..

'' Eh? tadi kan ke Suami Zita ada kat rumah..tak nampak pun bergotong royong ni ''..kata Kak Zakiah..

'' Orang lelaki ni tu lah dia..penat lah itu lah..sakit pinggang lah..meski pun skim rangsangan telah dibagi malam tadi...bila bangun pagi liat juga..nak pulak jika ada dengar gotong royong ni ''.. kata Rozita sambil berlalu ke dewan orang ramai pula untuk menguruskan hal disana..

Encik Hamdan terasa pelik dengan maksud skim rangsangan malam tadi lalu bertanya maksud itu kepada Kak Zakiah..

'' Entah ''..jawab kak Zakiah..

*** Entah tak tau...

Read more...

Khamis, 29 Julai 2010

Apa cerita malam jumaat ni

Jam sudah menunjukkan pukul 1059 malam..mata masih lagi belum mengantuk..pusing kanan kiri tiada sesiapa disisi..

Lantas kawan membuka Tv..tiada apa yang menarik kecuali tilawah alquran peringkat antarabangsa..tonton sekejap sekejap..dengar pula peserta dari Russia dengan suara serak serak payau..

Teringat kisah lama sewaktu mengaji Quran dengan arwah Ustaz Ismail dulu dulu..

Selalu kawan mengaji last sebab kawan lembab nak mengenal huruf dalam ertikata ''bebal''...

'' Aok pergi sana dulu Tan..melancar dulu..baru boleh ngaji ''..kata Ustaz Ismail..

Kawan bantai menyetit cicak atas Siling..jatuh pula atas kepala Ustaz Ismail...semenjak kejadian itu terus kawan tidak lagi mengngaji dengan Ustaz Ismail..

Treet ! SMS bunyi..

Zakiah : Abg bila nak datang Kuantan?..

Kawan : Tunggu habis bulan..

Zakiah : Dah dekat habis bulan dah ni..

Tidak kawan menjawab dah SMS Zakiah..mata kejam celik kejam celik lagi..

'' Gedegang !..bunyi kat luar rumah..pasti itu kucing orang sebelah..cuba lagi untuk pejam mata.. Tilawah kat Tv dah pun dah tamat untuk malam ini..

Akhirnya cuba juga untuk tidur..apa yang pelik kawan tidak pernah dapat mendengar dengkuran tidor kawan..

*** Heh heh zZz..``

Read more...

Sekolah pelajar hamil diteruskan

MELAKA 28 Julai - Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan.



Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta...

Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya...



Selanjutnya klik ( siNi )



*** Apa ke nama pulak ni?..

Read more...

Mesyuarat lagi dan lagi

Hari ini pagi ini ke daerah Bera..ada mesyuarat dipejabat Majlis Daerah Bera..

*** Sering saja menguap bila meSyuarat..

Read more...

Rabu, 28 Julai 2010

seNdal dimalam Khamis

Macam biasa dan macam selalu selepas makan Rosli Ghani akan menghadap Tv jika tidak kemana..yang pasti dia akan merokok sambil menyandar diatas kerusi Malas ( sebenarnya bukan kerusi yang malas - sebaliknya orang yang duduk atas kerusi itu menjadi malas )..

'' Sedak nye ngisap rokok ye aok ..nah amik anok ni pegang kejap ..koi nak melipat kain ''.. tegur Naemah isteri Rosli Ghani..

'' Lor..koi tengoh merokok ni ..nanti aSap rokok kena ke anok ''.. Jawab Rosli Ghani..

'' Kalu macam tu aok pergi keluar lah..pergi ngisap kat luar sana..'' kata Naemah

Terus sahaja Rosli Ghani bersiap siap dengan mengenakan baju dan seluar Slack dengan semart nya..

'' Loor ..aok nak mana melawor ni bang ?''..tanya Naemah..


'' Ishk ..kata tadi suh merokok kat luar..ni nak merokok kat luar lah ni '' jawab Rosli Ghani dengan selambanya..

*** Cerdik pandai sombong dan angkuh..

Read more...

Penulis blog perlu ada kod etika - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 28 Julai – Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.

"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti.

"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, blog merupakan antara medium terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini. - ** Sumber Utusan

*** Blog yang berjaya akan ramai pengunjungnya..benda ye kategori blog kome ni yerk..

Read more...

Sembang tengahari ini

Sewaktu sampai ke pusat membeli belah..ternampak encik Topik akan rodong lama beliau yang hampir 4 tahun tidak berjumpa..lalu dengan cara tidak sengaja encik Topik terus sahaja mempelawa rodong tersebut untuk makan tengahari di sebuah Restoran berhampiran..

'' Lama beno tidak berjumpa dengan aok ye Mizi ''..kata encik Topik memulakan bicara..

'' Agak dekat 4 tahun dah ke ''..jawab Mizi..

Setelah selesai makan tengahari maka kedua dua nya berebut pula untuk membayar..untuk membelanja antara satu sama lain..

'' Eh..kawan yang ajak kawan lah yang patut bayar ''..kata encik Topik..

'' Tak per lah Pik..kome lama dah tak jumpa aok ni..lagi pun koi dah niat untuk belanja aok masa nampak aok tadi ''..kata Mizi..

Encik Topik senyum sampai ketelinga kerana dapat menyelamatkan bajet untuk tengahari ini..

'' Untung juga kala lama tak jumpa dengan rodong ni ''..berkata encik Topik dalam hati..

*** Siapa mau belanja kawan ni..moh2 ''..

Read more...

Lelaki diakui pendorong utama kaum wanita


KUALA LUMPUR 27 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperakui peranan lelaki yang mendorong dan menyokong golongan wanita untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.



Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihak kementerian memberi tabik hormat kepada lelaki yang sentiasa mendorong isteri, ibu atau wanita lain dalam hidup mereka sehingga mencapai kejayaan.



“Saya setuju bahawa di sisi setiap wanita yang berjaya ada berdiri tegak seorang lelaki yang berkeyakinan diri kerana lelaki yang lemah tidak suka wanita mereka berjaya.. *** Sumber penuh di ( siNi )..

*** Tau tak apa..

Read more...

Selasa, 27 Julai 2010

Makan malam

Makan malam kat luar beramai memang seronok..bersama keluarga bersama tersayang..

Begitu juga dengan Aina dan keluarga beliau..kebetulan pula Aina baru sembuh dari demam..tentunya Bapa Aina akan membawa makan makan ke tempat yang istimewa..yang jarang jarang mereka perolehi..

Takkala sedang makan..mereka pun berborak borak lah..

'' Best tak Aina makan ditempat ini?'' kata Bapa Aina..

'' Nampaknya Aina kena lah Demam selalu yer Aboh ''... jawab Aina..

*** La la la..!

Read more...

Tujuan murni ke Surau

Ini ada satu kisah malam tadi..

Selepas membaca surah Yassin pada malam nisfu Syaaban malam tadi..berlaku lah pemborakan 3 pemuda yang sering ke Surau..sekurang kurang dalam 3 waktu pasti ada.. waktu Subuh Maghrib dan Isyak kecuali Zohor dan Asyar..

'' Dengan bangganya kita bertiga sahajalah anak muda kampung ini yang sering ke Surau '' kata Pemuda 1

'' Jangan riak nanti tak dapat apa jua pahala pun '' kata Pemuda 2..

'' Kawan bukan benda kena rajin ke Surau ni..nak mengadjust anak Tok Siak yang selalu ke Surau tu..mana tau ada rezeki boleh jadi menantu Tok Siak ''..kata Pemuda 3..

Dengan penuh harapan dan bersemangat Pemuda 3 ini rupanya patutlah..

*** Sempat saja nak mengejas walau kat mana pun..memang daSar..

Read more...

Setem


'' Posmen sudah terima gaji baru '' ..Azman Zahari memulakan bicara..

'' Biarlah ..dia orang dah terlalu lama tidak naik Gaji ''..kata Ahmad zaki..

'' Tapi harga setem meningkat naik hampir 100% ''..kata Azman Zahari lagi..

'' Biarlah..kita guna emel saja ''..jawab Ahmad Zaki..

'' Nanti nak pos kad raya kena pakai setem juga ''..kata Azman Zahari..

'' Kita guna kad raya dalam talian internet dan juga MMS ataupun SMS ''..kata Ahmad Zaki..

'' Nanti nak buat perjanjian melibatkan guaman akan mengunakan setem HASIL juga '' ..kata Azman Zahari..

'' Err..'' jawab Ahmad Zaki..

*** Tu lah..

Read more...

Isnin, 26 Julai 2010

Selamat malam SelaSa ( malam ku igau )

Malam kian larut..mata pula pejam celik pejam celik..sesekali terdengar bunyi kucing bergaduh.. ( mengawan barangkali )..

Tiba tiba terdengar bunyi tapak kasut di luar rumah..

Terus sahaja memasang lampu..

'' Assalamualaikum tuan rumah..sudah tidor kah..saya dari Jabatan perangkaan nak buat bancian ''..kata suara dari luar itu..

Lantas mengerak kan Akak..

'' Lor bang nak buat benda nye pembanci datang pukul 02.30pagi ni..itu lah mengigau ..orang suruh basuh kaki dan gosok gigi tadi tak buat '' ..kata Akak..

*** Beri lah kerjasama kepada pembanci pembanci anda..

Read more...

Redup nya tengahari ini

Ramai suka panjat dinding ini bila hari redup

Pagi tadi semasa nak pergi kerja hujan turun dengan renyai..Sampai tengahari ni pun masih redup lagi cuma hujan renyai nya saja sudah tiada..dan sempat juga mesej bertanya khabar dan bertanya lauk sama Akak..

Kome : '' Tengahari ni lauk apa? ''..

Akak : '' Cepat balik masak lomak tulang ikan talang sama pucuk ubi kayu ''..

Tanpa berlengah lagi terus pecut balik rumah..

Selepas makan..'' kat bawah ni bukan mesej lagi yer ''..

Kome : '' Best lauk aok masak yer ''..

Akak : '' Best lah sebab belum dapat gaji..cuba dah dapat gaji..mesti makan dikedai makan direstoran dan makan diluar ''..

*** Aduh..!

Read more...

Lokasi pengunjung di Nuffnang

Pagi pagi lagi rasa nak tengok berapa hasil pendapatan mingguan dalam minggu lepas kat Iklan Nuffnang .. Oleh kerana bahagian pendapatan masih belum diupdate maka merayau lah kearah lain dalam website tersebut..

Masuk pula ke kawasan Loksai pengunjung..oh ada 0.16% pengunjung dari Spain..mana arah mereka mengugel ( barangkali tersesat ) tiada lah kawan mengetahui.. Spain adalah negara yang telah menjuarai kejohanan bolasepak piala dunia baru baru ni.. tapi kawan tak sokong pun Spain..

*** Waka waka!..Selamat hari Senin yer..!

Read more...

Ahad, 25 Julai 2010

Malam Senin yang meriah

Sebelah malam pula selepas solat Isyak kat Surau berdekatan sempat lagi encik Topik dan Rosli Ghani lepak lepak..kali ni kat birai kedai runcit yang ada menyediakan kerusi dan meja untuk pemborakan..

'' Mintok rokok sebatang..kehel sangat tekak koi ni lepas minum tea o kat Surau tadi '' ..kata Rosli Ghani..

'' Lor..aok ni Li..tadi beli kotak besor dah habis ke ?..tanya Encik Topik..

'' Rokok koi ander..tinggal kat rumah ''..kata Rosli Ghani..

'' Hah taktik lama..nah sebatang..ingat esok ganti mana tau esok esok kawan putus rokok'' ..kata Encik Topik..

'' Baler aok..amik sebatang kena ganti ''..kata Rosli Ghani..

'' Eh ..mesti lah Li..rokok mahei sekarang..tapi jenis kita ni bior putus beras jangan putus rokok dak?''..kata Encik Topik

*** Tu dia..

Read more...

Tengahari minggu yang riang

Tiada kemana hari ini..maka seharian Encik Topik dan Rosli Ghani menebeng diwarung Kak Leha..sambil keduanya menghisap rokok lepas sebatang demi sebatang..

'' Koi rasa kalau kita tidak hisap rokok ..tentu dah banyak kita kumpul duit yer..'' kata Rosli Ghani

'' Ishkk..tak ada lah..ingat boleh ke aok Li kumpul duit bajet rokok jika tak merokok ni ''..jawab Encik Topik pula..

'' Ace tengok kawan kita Ismadi tu tidak merokok..tentu dia banyak kumpul duit dak?''..kata Rosli Ghani pula..

'' Takder lah..budak Ismadi tu baru lepas minjam duit kawan kemorin untuk beli susu anak kecil dia ''..kata Encik Topik..

*** Ingat boleh ke tidak merokok kumpul duit..? sebenarnya boleh !...merokok ke tidak merokok ke boleh kumpul duit.. kome kumpul duit kat EPF jer..waka waka!

Read more...

Pagi minggu yang meSra

Pagi ini bersama Encik Topik dan rosli Ghani yang sedang sibuk berjoging..

'' Dengan berjogging ni kita dapat membakar kalori '' kata Encik Topik yang sedang berlari lari anak kepada Rosli Ghani..

'' Meksudnya pembakaran lemak yak?''..tanya Rosli Ghani pula..

'' Betul Li..dengar terbakar nya kalori..kesihatan kita akan menjadi lebih baik '' ..kata encik Topik..

'' Guane yerk kita ni..sambil membakar kalori sambil pula membakar jantung ''..kata Rosli Ghani..

'' Apa meksud aok ni Li ''...tanya Encik Topik..

'' Gerenti lepas kita joging ni karang..kita pergi mengetea dekat warung Kak leha tu...mesti membakar jantung sepuntung dua ( menghisap rokok ) ''..kata Rosli Ghani..

*** He heh..selamat berehat !

Read more...

Sabtu, 24 Julai 2010

Tidak puas hati ( Misteri Nusantaria 2 )

Kawan tak puas hati lagi..ada yang kata imej berwarna ungu tu adalah Hantu..ada yang kata bukan..dan pagi tadi kawan pergi lagi semula ketempat itu..kawan rakam lagi gambar..mana tau ada lagi hantu yang muncul.. klik ( siNi )

Pagi semalam

Pagi tadi ( kawasan sama )

Kawasan sekitar


Kawasan belukar ini yang dikatakan tempat mereka bermain..

*** Misteri betul lagi ni..

Read more...

FW: Adakah kita tertipu selama ini?

*** Artikel ini kawan terima dari email seorang Rodong..tentu rodong rodong semua dah terbaca kat blog rodong yang lain..tapi kawan Foward kan juga dalam relevan Sokmo ni..untuk tatapan maupun siaran ulangan..


Subject: FW: Subject: FW: Adakah kita tertipu selama ini?

Tu psl,ms world cup..saya sokong german..Cuma time lwn spain jer saya sokong spain…haahhaha


apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


*** Suka cerita Combat zaman Vic Morrow..German alah memanjang..

Read more...

Gagal seludup syabu dalam periuk

Salleh Mohamed (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM1.2 juta yang disorok dalam periuk masak pada sidang akhbar di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 23 Julai - Setelah gagal menembusi pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sindiket penyeludupan dadah beralih ke lapangan terbang negeri dengan membuat penerbangan transit.



Bagaimanapun cubaan itu turut gagal ekoran kecekapan pihak berkuasa. Terbaru Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri menahan seorang jurutera perisian komputer warga India dan merampas 5.02 kilogram (kg) syabu bernilai RM1.2 juta, semalam.



Suspek berusia 26 tahun itu ditahan pukul 11.20 pagi ketika cuba menyeludup dadah tersebut di dalam dua buah periuk masak berisi sejenis makanan India di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini.. Selanjut klik ( siNi )



*** Selalu kita dengar Dadah diseludup dalam Coli dalam perut dan apa jua ..kali ni dalam periuk pula..selagi boleh pengedar pengedar dadah akan berbuat apa sahaja dan berbagai cara untuk melepasi pemeriksaan dari pihak berkuasa..


Read more...

Jumaat, 23 Julai 2010

Malam Gerak Khas


Sedikit masa dahulu Azman Zahari memang meminati drama daripada Syarikat pengarah terkenal Datok Yusof Haslam..Drama tersebut ialah Gerak khas..drama siri kepolisian..yang masih ditayangkan di Tv2

Kini Azman Zahari rasa begitu hambar dengan drama Gerak khas tersebut..

Satu petang sewaktu Ahmad Zaki bertandang kerumah Azman Zahari..

'' Aok minat ke lagi Derama polis Gerak Khas tu ''.. tanya Azman Zahari kepada Ahmad Zaki..


'' Minat juge sikit sikit..sebab ada Rozita Che Wan ''..jawab Ahmad Zaki..

'' Kawan rasa Datok Yusoh Haslam kena banyak buat perubahan dah pada derama Gerak khas dia te..watak Sub Inspekter pencen tu elok ditiada kan dah..jemu dah orang nengok watak tersebut '' kata Azman Zahari..


'' Weh..itu A Galak Sarjen misai pencen..mana boleh ditiadakan watak dia..'' jawab Ahmad Zaki..

'' Sepatutnya Datok Yusoh Haslam kena buat derama khas untuk Sub Inspekter pencen tu..dengan tajuk Pak Hashim teksi..kawan rasa baru sesuai..'' kata Azman Zahari


'' A'ah ia juge yerk '' ..kata Ahmad Zaki..

Memang sepatutnya ..tapi bila ada kes sahaja baru watak ditiadakan..macam Sarjen Lim dan Inspekter Harris..

*** Drama Melayu ini yang boleh bertahan..daripada tengok Drama Indon yang tak tentu arah tu ..baik layan Gerak Khas..


Read more...

Lembu, kerbau berkeliaran

Lembu yang dibiarkan berkeliaran di jalan raya boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan.

MASALAH haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau berkeliaran di Jalan Temerloh-Jerantut di Kerdau, Kuala Krau bagaikan tiada kesudahan.. ( seperti mana cerita Aina dan Bapa beliau di ( siNi )

Semuanya gara-gara penternak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di atas jalan hingga membahayakan nyawa pemandu kenderaan.

Pada minggu lalu sahaja difahamkan sebanyak lima ekor kerbau maut selepas menjadi mangsa perlanggaran dengan kereta di laluan berkenaan.

Mujur tiada pengguna jalan raya yang maut dalam kesemua kemalangan terbabit.

Sebagai salah seorang pengguna jalan raya, saya amat kesal dengan sikap pemilik haiwan terbabit yang dianggap tidak peka dengan keselamatan pengguna jalan raya.. Selanjutnya di ( siNi)

Sila kesini untuk tengok penjagaan Lembu dengan baik klik ( siNi ) dan juga ( siNi )

*** Awas jangan langgar lari Lembu..

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( Lewat pungut Sampah )


*** Ini tidak mempunyai Tong Sampah..dan boleh didenda..


'' Ni yang nak marah sangat ni..dah lah lambat pungut Sampah..sempat pula sampah ni diselerakan oleh haiwan ..eii geram nya Akak ''..kata Kak Zakiah marah marah..

'' Ala sabarlah Kak..kejap lagi sampai lah lori tu..mungkin dia orang menghadapi masalah seperti kerosakan lori ke jalanraya Jem atau macam macam lagi lah '' ..kata Rozita..

'' Itu Syarikat pegendali Sampah tu punya masalah..kita sebagai pengguna dan membayar perkhidmatan..patutnya beri lah perkhidmatan yang memuaskan ''..kata Kak Zakiah lagi..

'' Betul lah tu kak..eh2 kak tau tak budak yang angkat sampah tu yang hensem hensem tu dah kawin tau ''..kata Rozita..

'' Oh macam tu..jom masuk dalam rumah..tak kuasa akak tunggu lori Sampah kat luar ni ''...kata Kak Zakiah..

*** Laaa..waka waka..

Read more...

Khamis, 22 Julai 2010

Malam Jumaat lalu

Setelah siap bersembang sembang selepas solat isyak di Surau ..maka bergegas Azrul untuk pulang ke rumahnya..

'' Kome tau lah aok baru kawen Azrul..laju je nak balik ''.. kata Bakar..

'' Tak nyempat lah Azrul ni..baru pukul berapa ni haa ''..kata Jasdi pula

'' Begitu lah orang baru kawen semua nak cepat ''..sampuk Miki..

'' Tau pun..yang aok bertiga ni bila pula nak cepat..umur dah semakin lanjut semua tak kawin kawin lagi.. nanti tiada berbaka ''... Sampuk Pak Malek Tok Imam pencen Surau tersebut..

'' Nanti kita orang pinang anak dara Pak Malek yang 3 orang tu yang masih lagi tak kawen kawen tu yer ''..kata Jasdi selamba..

*** Apa khabar Zakiah malam ni yer..

Read more...

Misteri Nusantaria


Sedang kawan meronda ronda pagi semalam..disatu kawasan tempat pembuangan Sampah Haram hasil dari sisa pepejal dari orang orang yang tidak bertanggung jawab.. kawan telah menangkap gambar untuk di email kepada Hq..

Setelah gambar ini di muat turun dari kamera maka terdapat satu imej yang berwarna ungu..perhatikan betul betul macam apa?..

Tempat ini memang keras..

*** Misteri betul ni...

Read more...

Ini hari ada kursus

Hari ini ada kursus kat HQ..berkenaan AVLS.. Isu dibawah tiada kena mengena dengan kursus..cuma kita layan saja gambar gambar ini.. mana tau teserempak dengan spesis haiwan ini..dapat sekor dua kita jual lah ..boleh jadi kaya raya..mana tau..












*** Bila berkursus je...mula nak menguap..

Read more...

Lembu ini siapa punya


Petang Semalam Aina bersama Ibu dan Bapa telah balik Kampong rumah Tok Uwan..Tiba di jalan masuk menghala ke Kampong Tok Uwan ..Aina telah melihat beberapa ekor Lembu berlegar legar ditepi dan atas Jalan..

Lantas Aina pun bertanya kepada Bapa beliau..


'' Aboh..Lembu ini tiada ke Tuan punya ke?..bermain main ditepi dan atas Jalan..hingga menganggu pengguna Jalan Raya ''.. tanya Aina kepada Bapanya..

'' Tiada..sebab itu Lembu ini bermain main tepi dan atas Jalan '' ..Jawab Bapa Aina..

'' Kalau macam itu...nanti kita panggil Lori..boleh angkut bawa balik rumah kita ye Aboh ''.. kata Aina lagi..

*** Senang kan membela Lembu..

Read more...

Rabu, 21 Julai 2010

Siapa terer

Menyingkap kembali kisah seorang budak yang pintar..kebetulan pada hari itu ibu dan bapa budak itu telah pergi menghadiri Majelis kenduri kawin..

Maka hendak dijadikan cerita budak pintar itu didatangi oleh seorang penjual kain yang memang terkenal dengan autanya..

'' Adik nak beli kain tak..elok kain besar bidangnya..jika dihambarkan sama lebar bumi dengan langit ''..kata penjual kain itu..

'' Rasa hendak juga membeli untuk mengantikan kain buaian adik yang telah koyak..tapi masalah pula sebab kayu penyangkut buai antara bumi dengan langit telah patah semalam akibat angin kuat ''..jawab budak pintar itu selamba..

*** Balik Kampung kejap..

Read more...

Tidak kisah harga barang naik

Sewaktu hendak makan tengahari disebuah warung dipinggir bandar..sempat juga encik Topik dan Rosli Ghani bersembang sembang tentang kenaikan harga barang..

'' Akibat perlarasan harga barang seperti petrol gula gas masak baru baru ni..kawan rasa gerai tempat kita makan ni pasti naik harga..paling tidak pun sirap mesti naik harga '' kata Encik Topik..

'' Kak Leha..bagi air Kosong dua ''.. order Rosli Ghani kepada tokeh gerai makan tersebut..


Terkulat kulat mata Encik Topik..ingatkan tadi Rosli Ghani nak order sirap Laici dua..

'' Koi tak kisoh pun kalu harga gula naik '' jawab Rosli Ghani dengan selamba..

*** Bagus encik rosli..

Read more...

Rozita suka lelaki bujang


Baca di ( siNi )

Tiada harapan lah suami suami orang dan juga duda duda..

*** Ishk! ishk!

Read more...

Selasa, 20 Julai 2010

Cerita malam rabu ( sekodengs )

Setelah segala perjanjian dibuat pada sebelah petang..maka kelima lima rodong itu memulakan Operasi pada jam 2359..

Kedengaran bunyi Cengkerik bersahut sahutan diselang seli bunyi katak bebak yang memanggil hujan..

'' Aok jalan depan dulu '' kata Niker kepada Manaf..

'' Aok lah..koi gemuruh sangat ni '' Jawab Manaf..

Begitu lah kelima lima rodong itu menjalankan aktiviti yang kurang sihat..iaitu mengendap..target mereka kali ini adalah rumah Azrul yang baru seminggu berkahwin..

'' Tadi koi nampak Azrul balik Kampung bini dia..memang tak ada chance kita nok Skodeng dia malam ni '' kata Burn pula..

'' Laa habis tu buat benda kita bersusah payoh merangkok rangkok ni..potong stim betul ''..sampuk Jasdi..

'' Kita teruskan juga hasrat kita ini dengan menyekodeng ayah Azrul '' kata Niker..

'' LOr..nak skodeng benda nya dengan ayah Azrul tu..kan ke dia dah duda 9 tahun ''..jawab Manaf pula..

*** Ini kes haru dan semakin teruk..harap gejala seperti ini tidak ada lagi dimasa kini.. he he!

Read more...

Selamat tengahari

'' Assalamualaikum abang..tak balik makan tengahari ke ? ''..tanya Kak Rodziah..

'' Tak..tengahari ni abang nak makan luar ''..jawab Encik Topik..


'' Ok lah..malam ni abang tidor luar ''..jawab Kak Rodziah kembali...

Teeettt!..talian talipon diputuskan..

Kenapa?..

*** He he`

Read more...

Harga barang tidak naik

PUTRAJAYA 19 Julai - Sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.



Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.



Pada sidang akhbar selepas pertemuan selama sejam itu, Ismail Sabri berkata, komitmen yang diumumkan oleh persatuan dan pengeluar terbabit diharap melegakan orang ramai.. Berita seterus di ( siNi )



**** Dan kini Rosli Ghani cuba memahami apa itu kenaikan harga barang dan juga apa itu pelarasan harga barang..Jauh disudut hati beliau dimana Syarikat tempat beliau bekerja itu tiada pernah pun membuat pelarasan gaji terhadapan beliau..yang ada cuma kenaikan gaji tahunan..itu pun tidak cukup untuk menampung segala macam kos sara hidup..



Apa pun Rosli Ghani tetap beryukur kerana beliau tidak lah bersekolah setinggi mana dan juga mempunyai pekerjaan..adakala hatinya mahu memberontak juga..tapi apakan daya beliau bukan orang yang mempunyai kuasa..



*** Heh heh tunggu kenaikan gaji tahunan berapa dapat..?


Read more...

Isnin, 19 Julai 2010

Bercerita tentang pendapatan minggu ini

Setelah membuka website Syarikat pengiklanan dalam blog ..Ahmad Zaki terus berlari lari mendapatkan Azman Zahari..kebetulan pula Ahmad Zaki sedang melayan Facebook di warung Kat Leha Janda yang ada kemudahan wifi disitu..

'' Minggu ini koi cuma dapat RM59 sahaja dari hasil pendapatan iklan yang dalam blog koi tu ''..kata ahmad Zaki..

'' RM59 sahaja..? Lor Syukurlah tu..sudah banyak juga..ada blogger mampu meraih pendapatan hanya RM0.75 sahaja dalam seminggu ''..kata pula Azman Zahari..


'' Bagi koi tak berbaloi..sebab trafik dalam blog koi sangat meningkat dan juga entri yang koi Post sangat bermutu '' jawab Ahmad Zaki..

'' Kalu macam tu berapa entri yang aok post dalam 24 jam ? '' tanya Azman Zahari..

'' Tak banyak dalam 39 post sahaja dalam tempoh 24 jam '' jawab Ahmad Zaki..

'' Hah !..'' kata Azman Zahari terperanjat..

Sungguh beliau tidak sangka Ahmad Zaki begitu tekun dalam mengeluarkan entri tapi masalah pendapatan pula yang tidak berbaloi..kenapa boleh jadi begitu?..

Setelah siasatan dijalankan rupanya trafik tajaan dalam blog Ahmad Zaki tidak mencatatkan bacaan dengan betul..dan juga Ahmad Zaki lebih mementingkan pengeluran entri daripada membuat blogwalking..


*** Hehe! lumayan ini minggu..boleh lah buat beli sabun..

Read more...

Sungai Malaysia teruk tercemar


*** Sumber Utusan Malaysia -- Sila baca ( siNi )

Tengok dalam gambar itu Sampah Sarap dah macam kain diampaian..Sungai sungai teruk tercemar dan yang paling teruk sungai sungai didalam bandar..tak terkecuali sungai dibandar tempat kome juga..

Seolah sungai sungai ini sudah menjadi tong Sampah..sedangkan tong sampah cuma berharga RM11.90 sahaja..

*** Sumber air semakin tercemar..manusia semakin kehausan..

Read more...

From Taiping with Love


Salam pagi isnin..ni saja gambar pengantin yang sempat kome rakam ..di Majelis Hi Tea menyambut menantu di Kg Jana Kamunting Taiping Perak pada 17hb July 2010 ( Sabtu )..

Duduk kiri ada lah Cik Zalina yang menjadi pengapit pengantin perempuan dahulu..dia ingin berkenalan dengan semua Follower relevansokmo..blog beliau Always very active in life..

*** Alahai Lina..


Read more...

Sabtu, 17 Julai 2010

Ke Taiping Perak

Kawan sedang dalam perjalanan menuju ke Taiping Perak..atas arahan untuk mengeskot pengantin perempuan ( menghantar menantu - menjemput menantu )

Berikut alasan yang diberi oleh kawan untuk tidak turut serta dalam rombongan ini tapi dibantah oleh biras kawan bagi membolehkan juga kawan dan Akak turut serta dalam rombongan menghantar menantu ini..

1. Kawan budget tak seberapa = Biras tanggung..

2. Tak larat nak memandu = Disediakan pemandu..

3. Cuti tak dapat = Siap nak bayar MC..

4. Tiada sepasang baju Melayu baru = Elok tiada..nanti lain jadi apa < --- ini Akak yang kata..


*** Jalan saja..

Read more...

Jumaat, 16 Julai 2010

Rasional atau tidak ni

Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk Malaysia menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 bersama Indonesia, kelmarin mengundang pro dan kontra...


Begitu juga kata Niker dan Miki yang begitu meminati bola..

'' Rasional ...mungkin ketika itu negara kita sudah mampu untuk membida piala dunia pada tahun 2026 '' kata Niker..

'' Tak boleh..mungkin negara kita belum layak sebab pemain pemain bola negara tidak mencapai piawaian antarabangsa lagi..sepatutnya dari sekarang sudah ada '' jawab Miki..

*** Dan kawan mula mengira umur..he he! jika ditakdir dan diizin Tuhan maka kawan akan bersorak dalam stadium negara kita ketika itu kawan berumur 61 tahun.. ( muda lagi apa )

Read more...

Tidak bebankan Rakyat ?


'' Penarikan subsidi memang lah tidak mebebankan Rakyat yang kaya raya '' begitu kata Pak Semeon yang hidup kais pagi makan pagi..

'' Payoh ni minyak sudah tambah lagi harga 5 sen '' kata Malek pula yang masih lagi mengunakan motor Yamaha YB model tahun 1972..dikira antik tapi tangki minyak boleh tercabut jika ambil lap..

'' Gula sudah jadi RM1.90 '' kata Encik Topik pula yang suka minum air manis manis..

'' Dak ..koi yang pelik nya ngapa pulok deme buat perbandingan harga dengan Negara lain..tengok memang lah nampok rendoh harga minyak dan gula te ..ce banding harga minyok Ron 95 seliter..Thailand RM4.12 Malaysia RM 1.85.. Kalu minyok Ron 95 di negara kita naik sampai RM4.11 masih lagi murah dari Thailand gamoknya..'' demikian kata Rosli Ghani sambil mengoyak goyak kan Surat Khabar hari ini..


*** Gua tak tau..
janji mailage gua naik rega juga..he he!

Read more...

Senyum dipagi hari jumaat ( Lewat dan berubah )

Hari ini terlewat bangun untuk pergi kerja..selalu terdengar suara Kak Zakiah dan Rozita pagi pagi lagi..tapi hari ini sunyi ..tak tau kemana pergi..

Setelah bersiap lebih kurang dengan badan yang rasa suam suam kuku..terus bergegas menuju kereta bagi warm up engine..Akak ajak minum buat tak tau sebab Encik Topik sudah menunggu di warung belakang Pejabat Pos..

'' Minyak sama Gula sudah naik '' kata Encik Topik memulakan perbualan sambil baca surat khabar..

Dalam hati kawan berkata..pandai nya Kerajaan sekarang..dan kawan mula mencongak congak bahawa PRU 13 nanti kawan pasti akan berubah..

Selesai minum terus pergi Klinik ambil ubat..sebab badan rasa suam suam kuku dari malam tadi lagi..

'' Oh..manis pekerja baru Klinik ni ke ''..Kata Kawan dalam hati..

Sesudah ambil ubat nampak pula Rosli Ghani sedang tekun bekerja dikawasan Landskap untuk trim pokok pokok renek disitu..

Sambil mengangkat tangan ke arah kawan..

Dan kawan berlalu untuk masuk pejabat yang sepatutnya kawan mula kerja pada jam 0630 pagi tadi..

*** Lambat satu hari saja tak apa kan?..

Read more...

Khamis, 15 Julai 2010

Malam jumaat punya cerita ( Kenan )

Ini ada cerita berkenaan orang yang berkahwin tapi masih tiada mendapat anak.. Kawan kome tinggal di sebuah Kampung bernama Kampung Chengal Lempong Balok Kuantan..

Mereka telah berkahwin selama 7 tahun tapi tiada mendapat cahaya mata..telah rata berubat dan juga telah minum air tasik Dayang Bunting Langkawi tapi masih tidak juga mengandung.. dia pun disyorkan oleh seorang sedara untuk mengambil anak angkat..tujuan mengambil anak angkat itu adalah untuk KeNan agar membolehkan isterinya mengandung..

Ternyata setelah mengambil anak angkat tersebut isteri beliau pun mengandung..


Dan turutan dari itu setelah kawan tidak berjumpa beliau selama 4 tahun..maka beliau sekarang telah di anugerahkan 4 orang anak..setahun 1..

'' Laju rodong kita tu yer..berkat anak angkat yang keNan tu agaknya ''..kata kawan pada Akak..


'' Arhh..ngarut lah aok..itu semua kuasa Tuhan '' jawab Akak pula..

'' A'ah..kalu kita nak tambah anak lagi..baik kita amik anak angkat sara dan jaga baik baik..mana tau keNan dapat lah baby '' kata kawan..


'' Lor..aok.. hok yang ada ni pun puntang panting aok nak nyaranya..ada pulok nak amik anak angkat ''..kata Akak dengan selamba nya..

Dan kawan mula teringat kepada awek lama kawan Nor Azimah..agok berapa lah anak dia yer..

*** Membilang hari dan jari bila lah nak gaji.. waka!

* Kenan = Seyman = mengikut..

Contoh ayat : - '' Pemuda itu Kenan monyet agaknya..itu pasal badannya berbulu sejak lahir ''..

Read more...

Cadang adakan pilihan raya ketua kampung

Selanjut klik ( siNi )

Pasti nya Tok 4 Mehmood akan mengekalkan jawatan ketua Kampung pada pilihan raya akan datang..Startegi penyusunan kempen menjuruskan kerbekesanan..itu pun jika punya ramai pengikut lagi..

Dan yang pasti Azman Zahari akan masuk calun untuk menentang Tok 4 Mehmood..

*** Jika ini benar benar terjadi..anak sedara akan fight jadi Tok 4 lawan Pak sedara .. waka waka waka !

Read more...

Pasir

Kini semakin berleluasa masalah mencuri pasir..dimana pasir yang dikorek tanpa permit yang sah ..ada kawasan berpasir telah menjadi sebuah lombong yang besar akibat kerakusan manusia yang ingin kan keuntungan yang besar..

Hal ini juga telah menimpa kepada Rosli Ghani dengan masalah pasir juga..beliau telah mengadu kepada pakar penasihatnya iaitu Encik Topik..


''Apa cerita ni Li..monyok saja ''...tanya Encik Topik..

'' Ni berkenaan pasir..kawan tau sapa yang buat ''..kata Rosli Ghani..

'' Uiks ..ngape..aok tau orang curi pasir ke Li..aok boleh dedahkan..boleh panggil orang orang Tv buat aduan ''..tangkas kata Encik Topik..

'' Bukan lah..ini masalah dalaman koi..ada orang yang sudah berani tabur pasir dalam periuk nasi koi '' jawab Rosli Ghani..

Terus saja Encik Topik membawa Rosli Ghani ke warung berdekatan untuk mengetea..


*** Ini pun masalah pasir juga kan?..

Read more...

Rabu, 14 Julai 2010

Malam khamis punya cerita ( Hokok )

Ketika tahun 80an dahulu diceritakan oleh seorang rodong kawan yang bernama Samsari bin Baharuddin yang sangat terkenal dengan kelakarnya..

Beliau bercerita bagaimana satu ketika dulu dulu ada seorang yang kuat makan..dan juga *Hokok..

Jika boleh dia seorang saja yang mau makan..terutama makan diMajelis kenduri kendara..

Satu ketika orang yang kuat makan ini pergilah ke Majelis kenduri kawen penduduk Kampungnya..

Ketika itu semua makanan sedia terhidang didalam talam yang budget boleh dimakan hingga 4 ke 5 orang..Cetus idea bagaimana dia hendak makan seorang saja untuk 1 talam..akibat dari perasaan *Hokok itu..

Setelah sedia 5 orang untuk makan dalam budget 1 talam..maka dengan selambanya orang yang kuat makan itu telah mencabutkan gigi palsu yang dipakainya lantas di parking ditepi pinggan..maka ke 4 orang yang mulanya hendak makan bersama beliau telah lari akibat ternampak gigi palsu yang parking didalam pinggan tadi..dan orang yang kuat makan tadi telah memakai semula gigi palsunya terus memakan hidangan itu dengan lahapnya..

* Hokok = Tamak


*** Alahai Samsari..ada logik ka ini cerita..

Read more...

Balik rumah makan tengahari ( mesej haru )

Sedang dalam kelam kabut untuk menyiapkan kerja yang belum siap tiba tiba dapat mesej dari seorang rodong..

Mesej rodong : Makan mana tengahari ini..

Mesej Jawapan : Balik rumah laa..akak masak sedap makan pun selesa..

Mesej rodong : Apa dah..tengahhari pun balik rumah ..makan kedai lah..takut bini ka..

Mesej Jawapan : Bukan takut lah..hormat sama bini..penat penat dia masak..

Mesej rodong : Tengok aku..tiap tiap hari makan dikedai..bini aku masak juga kat rumah..dia makan lah sama anak anak..

Mesej Jawapan : Oii ! mangkuk.. aok mana ada bini..kawin pun belum..berangan arr!?..

SMS tamat disini..mungkin esok hari rodong tu akan mesej lagi..


*** Guna SMS jimat kos..

Read more...

Anai anai


Sedang asyik Rosli Ghani makan beskut tawar celup air kopi o kow..di serambi rumah beliau maka ternampak lah Rosli Ghani akan anai anai berderet melintasi dinding rumahnya..

'' Kalau dibiarkan mau habis rumah koi ini di kerit anai anai ''..berkata Rosli Ghani seorang diri..

Lalu beliau teringat akan segala petua petua yang diberikan oleh rodong rodong beliau untuk membasmi anai anai tersebut..

Encik Topik kata : Tabur garam kasar ditempat mula anai anai itu lalu..

Azman Zahari kata : Simbah asid ( cuka Getah )..

Ahmad Zaki kata : Sembur ridset..

Kak Rodziah kata : Jirus tempat anai anai itu dengan air limau purut..

Terlalu banyak petua yang Rosli Ghani terima daripada rodong rodong beliau..

'' Ishk rumah koi rumah batu..mana anai anai boleh kerit..simen keras tentu tak lut '' berkata lagi Rosli Ghani dalam hati..

Dalam sedar atau tidak Rosli Ghani mungkin terlupa bahawa kayu panjang diatas dan juga jenang tingkap mau pun pintu semua dibuat dari kayu..


*** Jadi hubungi pest Control berdekatan..

Read more...

Selasa, 13 Julai 2010

Bukan nak protes


Dulu dulu kata emak..semasa kawan masih kecil..

'' Tan cuba aok tengok anok orang te kecil kecil lagi sudah pandai main piano..dapat masuk dalam Tv lagi ..Ini tidok siang malam main Lestik ''..kata emak yang sedang menonton seorang kanak kanak bermain piano dengan pandainya..

'' Lor..emok ni..cuba belikan Tan piano..tentunya akan pandai main lebih dari budak dalam Tv itu ''..jawab kawan selamba..


*** Harap kawan tidak menjadi anak derhaka dalam kes ini..

Read more...

Belacan ubah hidup Shafie


JERLUN 12 Julai - Keputusan seorang nelayan dari Kampung Jeruju di sini untuk mempelajari cara-cara membuat belacan daripada seorang kenalannya kira-kira 15 tahun lalu berbaloi apabila ia mengubah kehidupan keluarganya.



Jika sebelum itu Shafie Mustafa, 56, menyara hidup keluarganya dengan pendapatan sebagai seorang nelayan, kini perusahaan belacan menjadi mata pencarian utama mereka.



Menurut Shafie, segalanya bermula pada 1995 apabila dia membuat keputusan untuk mempelajari teknik-teknik menghasilkan bahan penyedap makanan itu daripada seorang pakar pembuat belacan tradisonal yang juga bapa mertua kepada adiknya.. Selanjutnya klik ( siNi )




*** Tabik untuk en Shafie..dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP