Laman sosial punca cerai
SHAH ALAM- Ketagihan melayari laman sosial kini berpotensi menjadi punca keretakan sesebuah institusi kekeluargaan.
Pengerusi Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abdul Ralip berkata, perkara ini berlaku seiring dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan kegilaan masyarakat sehingga lalai dan lupa peranan dalam keluarga.
Menurutnya, kewujudan laman sosial membantu merapatkan hubungan luar termasuklah kehadiran ‘individu ketiga’ antara kedua pasangan suami isteri.
:“Saya pernah mengendalikan sebuah kes di mana si isteri mengadu si suami terlalu leka melayan Facebook sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadapnya. Kes tersebut berakhir dengan penceraian.
:“Tidak mustahil apabila melayari laman sosial itu, si suami akan bertemu dengan bekas teman wanita, manakala si isteri pula bertemu dengan bekas teman lelaki. Situasi kian parah apabila cinta lama berputik kembali,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.
:Sehubungan itu, melayari laman sosial perlu mempunyai had tertentu dan tidak terlalu leka sehingga tanggungjawab sebagai suami dan isteri terabai.
Katanya, berdasarkan pemerhatian, penceraian juga boleh berlaku, antaranya, kerana tidak memahami pendidikan agama dan batas pergaulan sosial, suami tidak bertanggungjawab dalam memberikan nafkah, kehadiran orang ketiga dan hubungan intim yang hambar...
Selanjutnya berita di ( siNi )
*** Ha ah`..tak tau..
8 Merujuk kepada perkara diatas :
salam..
goner pulok yang
berblog sampai lupa
anak bini ni..he he
kira berblogging ada
tak?
salam...mintak dijauhkan la....
saya suka komen awak.
ha ah, saya pun tak tahu ..!
apa yang penting gunakan dengan sebaik yang mungkin
betul tu.....koi sokong. sebab tulah koi jarang sgt menyibukkan diri dengan pesbuk walaupun ada akaun...
ntahlah
jauh kan la, yg penting si isteri wajib minta kebenaran si suami bukan :)
baru2 nih den dengar ada blogger sama blogger bercerai
lepas tu buat entry dkt blog masing2
xfaham betul den
P/S : Mari Makan Buah Tomato!
Catat Ulasan