Barisan Nasional menang dengan jayanya
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti besar, 6,359 undi, walaupun terpaksa berdepan dengan dua parti lawan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee 2,031 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah 3,414 undi.
Sebanyak 372 undi rosak manakala 61.47 peratus atau 15,774 daripada 25,582 pengundi telah keluar mengundi.. sumber ( Utusan Malaysia )
Barisan Nasional ( BN) juga merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.
Calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi manakala calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi.
Peratusan keluar mengundi juga meningkat iaitu 83 peratus berbanding 81.1 peratus pada 2008, manakala sebanyak 132 undi rosak..sumber ( Utusan Malaysia )
*** Wakli Rakyat yang telah menang ini..sila berkhidmat kepada rakyat dengan jayanya..
7 Merujuk kepada perkara diatas :
relevan: Mudah2an yg terbaik ut sume
tahniah ....semoga terus berkhidmat dengan cemerlang...
tahniah....
salam ziarah..tahniah!!! dah ada domain sendiri...
Adat perlawanan ada kalah menang.
pas dah ramal akan kalah sebab tu dulu2nya kawasan BN....
tahniah...;-)
Catat Ulasan