Saman ekor tak akan dihentikan
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Ini kerana katanya, saman ekor tersebut sebenarnya adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Oleh kerana ia adalah berlandaskan undang-undang, kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan proses ini.
"Justeru persepsi masyarakat dalam mentakrifkan notis saman in sebagai saman ekor perlu diperbetulkan,” katanya menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Notis POL 17A ini katanya, ditakrifkan sebagai borang yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan bagi mendapatkan maklumat dan identiti serta alamat pemandu yang dikesan melakukan kesalahan trafik berkaitan had laju yang dirakam menerusi kamera perakam elektronik. - Bernama
*** Aiyaa..kome ada lagi satu belum jelas..tak lari laju cuma lebih 0.8 km saja satu jam dari tempat mematuhi had laju.. '' ada orang kata jika speed sampai out pedal..kamera ni tak dapat snap..ye ke?''..Nanti balik motong petang esok nak try..
9 Merujuk kepada perkara diatas :
Pernah kena weh..
rasa mcm x laju...
sib baik boleh tawar menawar kat balai..
dapat la kurangkan kompaun ter..
ada gak sangkut kut, surat tak sampai cuma gatal tangan cek online tgk ada sangkut satu ntah zaman berkurun lamanya
Saya baru bayar satu saman ekor tahun 2008 minggu lepas masa nak barui cukai jalan. Tak pernah terima pun Notis POL 170A tu. Entah ya entah tidak saya yg lakukan tapi nak buat mcmana. Road tax dah nak mati.
Esok kita citer kat akhirat huhuhu
itu menunjukkan kerajaan takde duit....duit kite le yg diambilnya...hehehe
Berekorlah kamu sebelum kamu diekor huhuhu...
hm............ (mengeluh)
berekor-ekor. =))
saya ada 15 ekor. =))
15 ekor kucing!!
saya selalu gak kena saman ekor ni ! tapi bukan saya bawak....! asyik saya kena ambik kat Post-ofice saman ni...bila nampak cop urusan seri paduka...hahaha tau dah tak ade lain lah tu ! jadi bukan saya bawak kete...orang yang bawak lah mesti bayar !!!
salam..
koi berdebo menunggu
nak renew roadtax bulan nih..
doakan koi -0- saman yak?
Catat Ulasan