GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 Disember 2010

Malaysia perlukan 5,000 pakar makanan


KUALA LANGAT 21 Dis. — Kementerian Kesihatan merancang menambah jumlah pakar pemakanan dengan nisbah seorang pakar itu bagi setiap 10,000 penduduk di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, negara ini memerlukan kira-kira 5,000 pakar pemakanan di lebih 800 klinik kerajaan untuk menyediakan kepakaran dan rundingan mengenai tabiat pemakanan berkhasiat.

“Kementerian telah mendaftarkan 283 pakar pemakanan tahun ni dan merancang menambah jumlah secara berperingkat-peringkat kepada 50 setiap tahun untuk mengatasi kekurangan ini.

“Kita perlukan jumlah pakar pemakanan yang mencukupi untuk memberikan nasihat mengenai pembinaan gaya hidup sihat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan lebih 25 hamper makanan di Klinik Kesihatan Bukit Changgang dekat sini hari ini.

Menurutnya, kementerian itu telah mewujudkan jawatan tertentu dalam kumpulan perubatan untuk menasihatkan pesakit mengenai rancangan pemakanan mereka.

“Selama ini, kita serah kepada doktor untuk menasihatkan pesakit mengenai rancangan pemakanan mereka tetapi kini kita ada jawatan tertentu hanya untuk pakar pemakanan,” katanya sambil menambah bahawa terdapat tiga universiti awam kini menawarkan kursus pemakanan. - Bernama

*** Buka jawatan kosong pakar makanan nanti boleh mohon.. '' kome pakar melantak jer ''..haha!

4 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 21 Disember 2010 pada 10:18 PTG  

tahniah..
anda seorang blogger yang peramah!

sukacita anda dijmput ke:
http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

(:

Tanpa Nama ,  5 Julai 2011 pada 8:39 PTG  

:) :( 8) :p

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP