GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 23 Disember 2010

Segak bergaya mengambil keputusan SRP ( 1978 )


Lokasi : Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh Pahang..

Mereka antara murid yang terkemudian untuk mengambil keputusan SRP pada tahun tersebut..

Sempat berborak dengan 2 orang kawan yang sememang nya masing masing malas belajar..


'' Kawan bercita cita nak jadi Guru kalau dapat melanjut ke tingkatan 4 ''..cetus Azman Zahari..

'' Koi pula nak jadi Pulis ( Polis ) Inspektor ''..kata Rosni bin Hassan..

'' Koi pulak nak jadi D.O ( District Officer ) ''..kata Hazaman bin Ismail..

Selepas keputusan di terima masing masing dengan segala senyum hambar dilemparkan.. Azman Zahari mendapat pangkat S.. Rosni pangkat C dan Hazaman pun pangkat C..

Ketiga tiganya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tigkatan 4..

Azman Zahari sempat menjadi Guru sementara kepada pohon pohon Getah Atuk beliau ketika itu..

Rosni bin Hassan menjadi Inspektor..Inspektor bas..

Manakala Hazaman bin Ismail kini menjadi Tok 4 @ Ketua Kampung ( kiranya harapan ingin menjadi D.O berkecai dapat juga menjadi Tok 4 )..

*** Cerita di atas bukan untuk melemahkan semangat sesiapa..ianya berupa cabaran untuk anak anak demi cita cita..

12 Merujuk kepada perkara diatas :

sukaxplo 23 Disember 2010 pada 7:21 PTG  

salam..

koi gelok baca entry nih
hehehe..dulu takpe la leh main main, bebudok sekrang dah takleh doh...kat depan nuh saingan/cabaran banyok pepalih..

azMan

hai 23 Disember 2010 pada 7:54 PTG  

hehehe...zaman tu jawab soklan pun guna buah dadu je...tak pun pilih jawapan ikut pantun yang kita baca..berenti kat mana, itu le jawapannya!!

eelobor 23 Disember 2010 pada 8:10 PTG  

hehehe, kalu dulu masa kecik bila cikgu tanya tentang cita2, selalunya cakap nak jadi polis, bomba, askar, doktor. hehehehe....itu je kerja yang ada kut... tp budak2 skrg dah advance

zulkbo 23 Disember 2010 pada 8:22 PTG  

salam..
mantoppp!!
sapa nak bawak lori
sawit nanti kan..?

Dyna Yvonne 23 Disember 2010 pada 8:48 PTG  

hihi...zaman dulu tak banyak cabaran mcm skarang kan.skarang klo main-main abih la jawabnye.

Aku Anak Pahang 23 Disember 2010 pada 8:52 PTG  

Salam kawan tahun bila ambit SRP hehehe... ke nyaris dah nak KO nya nasib boleh naik tingkat 4 :(

Fadh Rahman 23 Disember 2010 pada 11:12 PTG  

1978...umur koi baru setahun lebih...

1992...koi amik srp...dpt laa 14 aggregat.

Nizam Awang Brahim 24 Disember 2010 pada 1:25 PG  

Koi kala ambik SRP sekarang rasenye kantoi dah.Banyok ngat mende baru keluornye.

Sharinginfoz 24 Disember 2010 pada 7:09 PG  

memang teringat masa dulu2 ambil keputusan srp

mama affan 24 Disember 2010 pada 7:51 PG  

bebudak skang cite2 tggi..

zaman dulu zaman mak bapak, hidup belum tercemar..cita2 pun murni jer..:)

abu muaz 24 Disember 2010 pada 8:22 PG  

inspektor bas... lama tak dengar perkataan ni...he,he

Nerzhul 24 Disember 2010 pada 9:12 PG  

goner orang ngajor pokok getoh..pandai dia main harga kejap naik kejap turun....hahaha

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP