GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 17 Januari 2011

Caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus


KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus berkuat kuasa gaji Januari 2011.

"Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan hari ini.

Kadar caruman berkanun bahagian pekerja sebelum ini diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Nik Affendi berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau mengemukakan pertanyaan melalui laman web MyEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my. - Bernama

*** Lagi 4 tahun boleh keluar semua dalam akaun 2 ..Ha ha ha ah ah!...


5 Merujuk kepada perkara diatas :

ummu 17 Januari 2011 pada 8:24 PTG  

assalamualaikum encik
fuuuh buanyak tuu
tapi sekali keluar,lagi banyak kan.
biar susah2 dulu,senang kemudian..

abadi romeo 17 Januari 2011 pada 9:22 PTG  

aku kerja sendiri..tak kene potong le...rugi pulak rasanya

eelobor 17 Januari 2011 pada 9:58 PTG  

takpe sebab apa2 pun masuk dalam akaun kita gak kan?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP