GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 4 Januari 2011

Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam


* SEJUMLAH orang yang memakai pakaian dalam berbaris di luar kedai jenama Desigual di Lisbon, Portugal kelmarin.


MADRID - Sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon.

Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

"Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

"Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. - Agensi

*** Rasanya ini bukan cerita yang pelik..jika disuruh berbogel pun tentu mereka mereka ini pun sanggup..

9 Merujuk kepada perkara diatas :

ILA HonEyBuNNy 4 Januari 2011 pada 12:39 PTG  

betul tu..kalau di sana mmg xkisah..api akan pelik jika di Malaysia..hehhe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ 4 Januari 2011 pada 1:22 PTG  

hohohohoho....klu eden tak sanggup dah....maruah kena jaga wei....

fiezaradzi 4 Januari 2011 pada 1:53 PTG  

de jugak yg cmni ek.. hehee.. tak sanggup lau semahal mana pun.. dorang tak pe la kan. hihii

hai 4 Januari 2011 pada 3:15 PTG  

baler!!..gitu le kan bila dah ilang rasa malu,sanggup buat apa saja!!

Unknown 4 Januari 2011 pada 3:19 PTG  

wah sanggup dorang eh..hanya setakat baju ratus2 jer...hmm x berbaloi....
salam kenal yer..:)

Hairun Azmi 4 Januari 2011 pada 3:33 PTG  

Seksa wehh....

Untuk mendapatkan baju free terpaksa gadai maruah diri terlebih dahulu..


Bahana dadah

mamawana 4 Januari 2011 pada 4:37 PTG  

Kalu kat msia ramai yg suka fesyen berkemban. Kalu beratur mesti dia orang akan dapat baju percuma tu...kan kan kan...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP