GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 4 Januari 2011

Ibu latih anak jadi 'toyol' curi beg tangan


*Toyol kaler hijau !


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jika beg tangan wanita yang diletakkan bersebelahan pemilik ketika makan dan memilih barang di pusat membeli belah diambil oleh kanak-kanak ia akan dianggap budak itu sedang bermain bukannya mencuri.

Berikutan itu, seorang wanita warga Asia Barat dipercayai menggunakan kesempatan tersebut dengan melatih anak lelakinya berusia tujuh tahun untuk mencuri beg tangan wanita di beberapa pusat membeli belah terkemuka di ibu negara.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang pelajar perempuan berusia 25 tahun kehilangan beg tangan ketika sedang memilih kasut di Suria KLCC di sini kelmarin.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pukul 3 petang itu, mangsa dan seorang sepupunya sedang memilih kasut sebelum menyedari didekati seorang wanita Asia Barat tengah memakai jubah dan purdah yang membawa anaknya.

"Mangsa yang mendapati suspek turut memilih kasut membiarkan kanak-kanak itu bermain berhampiran beg tangannya.

"Namun beberapa minit selepas itu, mangsa mendapati kanak-kanak tersebut hilang bersama beg tangan yang berisi wang tunai sebanyak RM3,000 itu," katanya di sini hari ini.

Jurucakap polis itu menambah, kejadian beg tangan hilang dicuri oleh kanak-kanak yang dipercayai dilatih ibu bukan perkara baru kerana terdapat laporan daripada mangsa lain.

"Siasatan awal percaya, suspek melatih anaknya untuk menjadi 'toyol' mencuri beg tangan yang diletakkan bersebelahan mangsa.

"Ini kerana, mangsa tidak akan curiga sekiranya kanak-kanak bermain berhampiran barangan berharga berbanding orang dewasa," jelasnya..

** Bertuah sungguh dapat ibu macam ini..

6 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 4 Januari 2011 pada 10:40 PG  

manusia2, memang ajar benda yang tak baik

Cik SHiNJU 4 Januari 2011 pada 11:08 PG  

Salam...

Org Arab ramai sungguh yg dtg Malaysia buat jenayah kan..padahal negara dorang kaya raya..goner pasai jd gitu?

Dyna Yvonne 4 Januari 2011 pada 11:21 PG  

hoho.nak senang cepat.mcm tu la jadinya.

Hairun Azmi 4 Januari 2011 pada 11:23 PG  

Ini jenis mak merosakkan anak bukannya membimbing anak....

Bahana dadah

Wan Gerrard 4 Januari 2011 pada 11:35 PG  

err ini baru dikatakan salah ibu mengandung =P

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP