GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 3 Januari 2011

Harga minyak masak tidak naik, bekalan mencukupi

PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.

Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan. — Bernama

*** Tidak percaya langsung jika tidak naik harga minyak masak ini..selalu macam ni lah..kita tengok yer kita akan tengok...

7 Merujuk kepada perkara diatas :

Dyna Yvonne 3 Januari 2011 pada 4:46 PTG  

kurangkan minyak dalam makanan.hee~jimat.

eelobor 3 Januari 2011 pada 4:59 PTG  

tak payah lama la, tengok jer dalam seminggu dua lagi. sape yang cakap macam ular?

endiem 3 Januari 2011 pada 5:12 PTG  

kalau minyak sawit naik rege ..kita bertanak minyak nyor je.

Aku Anak Pahang 3 Januari 2011 pada 5:19 PTG  

org kampung mmg bengang kalau ada sesetengah pihak duk ulang2 cakap ayat pandir macam tu :(

Mr. Asada 3 Januari 2011 pada 5:30 PTG  

kalau jaminan tak naik harga tu kukuh, xde la orang panik.. tapi kalau meragukan??

zulkbo 3 Januari 2011 pada 8:41 PTG  

salam..
janji tinggal janji
je..tak caya tungguuuu....!!

terokai seni 3 Januari 2011 pada 10:16 PTG  

tempat koi tinggal taik minyak je

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP