GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 3 Januari 2011

Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia


* BEBERAPA sampel rokok elektronik.


PARIS - Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.

"Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun," kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004.

Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).

Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.

"Saya berasa gembira dengan rokok ini. Saya mahu mengulangi perasaan merokok tanpa nikotin," kata salah seorang pengguna rokok tersebut.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.

Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila. - Agensi

*** Boleh juga kalu nak try ni..agak guana lah rasanya..agak tak ada kerja lain lah yer..kerja nak mengecaj bateri je..

16 Merujuk kepada perkara diatas :

Hairun Azmi 3 Januari 2011 pada 12:40 PTG  

Rokok ni berhantu betul...
Macam mana bahaya pun mesti nak merokok jugak sehinnggalah tercipta rokok elektronik pulak..

Tips sebelum melancong

Botak 3 Januari 2011 pada 12:56 PTG  

dari dulu sampai skrg masih tertanye²..
camne rase rokok ni..??
kalo best nak gak try.. :D

ENTRI TERKINI:
BERPERI-KEBINATANGAN
PUTAR BELIT : GLADIATOR (2000)

EmanTheHalia 3 Januari 2011 pada 1:05 PTG  

korang gi tgk utube. hahha cambest jek. tibe2 kuar asap haha

nazihahisa 3 Januari 2011 pada 1:57 PTG  

ada nampak dkt wangsawalk menda ni.. haihh mcm2 lah dorg ni bisnes.cuba bisnes benda yg faedah sikit pd org ramai

eelobor 3 Januari 2011 pada 2:32 PTG  

Alhamdulillah, kawan dah stop merokok hampir 3 tahun tanpa menggunakan apa2 bahan gantian atau ubatan.

Aku Anak Pahang 3 Januari 2011 pada 3:11 PTG  

Kawan bantai ngisap rokok LIGA aje dah :(

Tanpa Nama ,  3 Januari 2011 pada 3:44 PTG  

apsal x hisap ekzos moto je..kan senang..asap pon byk

munna 3 Januari 2011 pada 4:10 PTG  

kalau comfirm dapat buat perokok tegar tak beli rokok betul.. nak juga beli utk ayah munna

ikan emas 3 Januari 2011 pada 4:25 PTG  

hahahahaa...

apa la ko orang ni..

da la menghisap asap

yg tak der asap pun dinak jg..

sah ms kechik-kechik dulu tak puas menikmati susu ibu

econpolics 3 Januari 2011 pada 9:08 PTG  

ade gak try nak benti,,

tapi tahan setakat 3minggu je,,

masuk UM,,jemm,,,bila leteh,,tension mst nak balek,.,,

pOnstan 4 Januari 2011 pada 1:49 PTG  

x isap rOkok pOn mati gak...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP