GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 1 Januari 2011

Malam minggu yang mesra ( Gila gila Remaja )


* Haa..ini dia filem melayu yang di tonton oleh Kapok bersama awek beliau sekitar tahun 1985 dulu..

Sinopsis..

Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985. Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions.

Seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan "Gagak Hitam".

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk dan konconya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.



* Sebelah kanan tu Rosyam Noor



Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir..

'' Aok tengok wayang dengan mok we mana malam minggu te ''..kata Aduk..

'' Alah..mana ada..fitnah je aok semer ni ''..jawab Kapok..

'' Ha ha! ngaku saja lah..malam minggu te aok nipu kome seme..meredap katok ..rupa nya aok pergi tengok wayang dengan mok we aok yer ''..kata pula Micki..

Akhirnya Kapok tiada alasan lagi..

*** Meredap katok ada lah menangkap katak untuk di buat umpan pancing..

* Ada adegan breakDance dalam filem ini nak tengok ketik ( siNi )

10 Merujuk kepada perkara diatas :

ikan emas 1 Januari 2011 pada 6:14 PTG  

ooo iyer ke rosyam nor ada berlakun dlm filem ni ?

tgh tadi seorang lagi pelakon muda meninggal kerana jantung...Al Fatihah

sukaxplo 1 Januari 2011 pada 6:25 PTG  

salam..
koi sokmo tegok cerita ni tak sampei abis..lepas baca sinopsis te baru tau ceritenye..

moh join GA koi buat pulok
1st GA JINKAMEN

eelobor 1 Januari 2011 pada 8:33 PTG  

memang best citer GGR nih. tak boring pun tengok. tak silap, ketika cerita nie hero rosyam nor di perkenalkan

Aku Anak Pahang 1 Januari 2011 pada 11:33 PTG  

Salam rodong, sebelah siang tadi kawan bz amat mlm minggu ini malam yang tersepe juga :(

Cik SHiNJU 2 Januari 2011 pada 12:24 PG  

Salam...

popaleh..belia jek muke rosyam yek..huhuh

Admin 3 Januari 2011 pada 10:34 PG  

wah..
ase bminat lak nk tgk,
hehhehee~

k.k.khanna 28 Mei 2011 pada 1:37 PTG  

Casting Gila Gila Remaja2.. di Alamat, D Alamanda Shop lot.2-00-13, no.2 Jln Pudu Ulu Impian 4, Jalan Cheras.. Time 2pm too 7pm Besok 29th May, Contact 0146210814 Mr.Devan

k.k.khanna 28 Mei 2011 pada 1:38 PTG  

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002234329157

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP