GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 2 Januari 2011

Setahun pantang beli-belah


PONTYPOOL - Seorang ibu berusia 34 tahun di Britain, Bethan Brunell (gambar) berjaya menamatkan cabaran tidak membeli-belah selama setahun, kelmarin.

Selama tempoh itu, Brunell tidak membeli pakaian, menjalani rawatan kecantikan atau membeli barangan harga runtuh.

Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping membuat sendiri dekorasi dan hadiah Krismas untuk suaminya, Steve, 42, serta anak perempuan mereka, Megan.

Wanita itu yang merupakan seorang bekas perunding pekerjaan di sini, Welsh, berkata, dia dapat menjimatkan lebih £1,000 (RM4,817) sepanjang tempoh tersebut selain berat badannya turun sebanyak 19 kilogram.

"Saya melakukan cabaran ini semata-mata kerana ingin bereksperimen. Walaupun tidak gembira melakukannya, ia dapat mendidik saya supaya kurang bersifat materialistik," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia cuma membeli beberapa keperluan asas iaitu makanan, petrol, barangan kelengkapan dandanan diri dan tidak terkecuali, seluar dalam tetapi bukan jenama mewah. - Agensi

*** Ini yang Akak nak bagi tau.. '' Akak sehari pun tidak boleh pantang untuk membeli belah ni ''..

10 Merujuk kepada perkara diatas :

abadi romeo 2 Januari 2011 pada 9:40 PG  

Siap boleh turunkan berat badan...ni kene promote pada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan...

al-lavendari 2 Januari 2011 pada 9:51 PG  

" ... Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping ..."

saya boleh pantang bukan saja setahun bahkan sampai bila2 kalau ada orang yang sanggup beri pinjam apa2 benda yang saya perlu !

Anne 2 Januari 2011 pada 10:24 PG  

whoaa! respek tu! kalau saya memang tak boleh, mesti ada aja barang nak dibeli. Tapi bak kata pepatah kalau nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.

harus dicontohi tapi bab2 pinjam pakaian tu, tak dapat la nak tiru ehekk:)

Aku Anak Pahang 2 Januari 2011 pada 10:59 PG  

Salam ada duit sedak ngat bershopping nei :) bila abis buntang mata huhuhu...

Admin 2 Januari 2011 pada 11:22 PG  

jimat sunnguh kalau gitu huhuhuh

Tanpa Nama ,  2 Januari 2011 pada 11:37 PG  

perrrggghhh...hebat tuu! kat malaysia nie dh byk sgt giant,mydin,courtmamouth..susah tuu nak buang tabiat membeli belah...

sukaxplo 2 Januari 2011 pada 11:55 PG  

koi nak buat gak lah..nak cuba dalam sebulan dulu :)

jom join 1st GA JINKAMEN

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP