GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 20 Januari 2011

Pergi ke pejabat naiki 'basikal torpedo'


* AN FARDOE duduk di dalam 'basikal torpedo' ciptaannya.

WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.

Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.

"Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi




'' Guana rasanya Li..boleh kita mula naik Besikal untuk ketempat kerja mulai esok..boleh jua menjimatkan segala kos ''..kata encik Topik..

'' Aok tak layak naik Besikal sebab perut aok boleh menyentuh hendal besikal ''..jawab Rosli Ghani..

*** Dah tu guana?..



9 Merujuk kepada perkara diatas :

pipoq 20 Januari 2011 pada 12:26 PTG  

jauh ke depan tu perut encik rosli..hahaha..suruh dia naik basikal chopper la..hendal tinggi punya..

abadi romeo 20 Januari 2011 pada 3:25 PTG  

koi rasaembuh lena dalam tu..tengoh bawok...zzzzzzz...sudohlah...tok gitu

Admin 20 Januari 2011 pada 5:17 PTG  

nye lambat sampai ke pejabat tak tau la...tapi kalau di Malaya ni, kereta laju macmana pun kau kena jln jem...sama je

Siti Hajar Masri 20 Januari 2011 pada 5:31 PTG  

bagus jugak idea ni..tp kalo semua naik basikal pegi keje alamatnya asyik kena warning jelah..hehe~

intankuterpilih 20 Januari 2011 pada 5:39 PTG  

aku dok terpk, cemana dia nak tgk jln kiri kanan kalau naik beskal torpedo tu?? kan ke payah... habis semua benda dilanggar tu nanti...

shadowz 20 Januari 2011 pada 6:18 PTG  

perut, perut, perut.....
harley davinson tu kategori basikal x? heheh

Nizam Awang Brahim 20 Januari 2011 pada 8:15 PTG  

Jalan lurus molek tak de hal weh....Tu pun kala dekat...

zulkbo 20 Januari 2011 pada 8:21 PTG  

salam..
koi takut opis tak sampai
hospital yang sampai..nasib
tak baik terus ke batu 2..
he he..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP