GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 20 Januari 2011

Pulangkan syiling kepada pemilik

SHAH ALAM 19 Jan. - Orang ramai yang mengutip duit syiling yang bertaburan di atas Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Pedas, Negeri Sembilan semalam dinasihatkan agar memulangkan semula kepada pemiliknya.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harrussani Zakaria menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan ia wajib dikembalikan semula.

''Sepatutnya sebagai umat Islam, kita perlu menunjukkan kebaikan kita dengan membantu mengutip duit tersebut dan kemudian menyerahkannya kepada pemilik atau syarikat terbabit.

''Kita tidak boleh mencari rezeki secara haram kerana jelas duit itu bukan hak mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan orang ramai yang sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput di Kilometer 243 susur keluar Pedas semalam.

Sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik setelah dirempuh kereta BMW... Selanjutnya sila ketik ( siNi )

* Berita semalam ( siNi )


14 Merujuk kepada perkara diatas :

Sharinginfoz 20 Januari 2011 pada 8:20 PG  

tepat sekali dah bukan duit kita apasal ria2 nak ambil pula

Hairun Azmi 20 Januari 2011 pada 8:35 PG  

Itulah semalam koi dah cakak, jangan ambik tapi demer semu buat derq jerr...

Tips , 7 prinsip utama menjalankan perniagaan

Alimaz-Kembara Terasing 20 Januari 2011 pada 8:46 PG  

suka2 depa saja nak kaut... tak kira halal haram...

Nizam Awang Brahim 20 Januari 2011 pada 9:21 PG  

Kabo dah.Mesti masuk poket punye...

eelobor 20 Januari 2011 pada 9:29 PG  

hahaha....mesti malu giler nak pulangkan balik sebab harga diri mereka cuma "syiling"

Aku Anak Pahang 20 Januari 2011 pada 9:31 PG  

Payah dah kalau nak pulang semula...duit dah guna gamoknya hehehe

abu muaz 20 Januari 2011 pada 11:03 PG  

janganlah ada yang terambil duit tu pergi belikan susu,nestum untuk anak-anak mereka.

Nerzhul 20 Januari 2011 pada 11:10 PG  

pesen gitu dah orang Malaysia..amik kesempatan bila ade eksiden..bukan duit je...kalo ada lori beras, tepung, gula atau sparepart kereta/ motor terbalik je ramai la menyerbu ngutip tak kira halal haram dah.... kalo lori getah buku tebalik ramai dok nak kutip agoknye...hee

Admin 20 Januari 2011 pada 11:15 PG  

pulangkan lah..kan kita kemalangan, bukan sengaja

jadi nape kita ambil kesempatan pula?

cikgu_aare 20 Januari 2011 pada 11:20 PG  

suka suki je kan dorang amik duit tu..kalau bagi anak bini makan, tak tahula..sian anak bini..huhu

aNiS tHe BumbleBee 20 Januari 2011 pada 11:36 PG  

malu tgk gamba dlm online newspaper malaysia smlm..suma muka2 melayu plak tu..besok2 kalau anak2 jadi perangai pepelik,tanya diri sndiri,duit apa bg dorang makan sblm ni..hmmm...

Sufi Tshirt Printing 20 Januari 2011 pada 4:11 PTG  

dah terang2 duit tu bukan hak kita..sure la haram..geleng kepala aku tgk gambarnya..adusss

SeNnDoh 20 Januari 2011 pada 7:33 PTG  

setuju sangat..
bila aku tengok gambar yang disiarkan dalam akhbar utusan, rasa terkilan..lagi-lagi bila tengok yang dok kutip tu orang-orang melayu..tanpa rasa serba salah langsung..

bukan ke tu mencuri terang-terangan..kalau ikut hukum hudud tu dah kena chop2 dah..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP