Teh timbang bahaya kepada kesihatan - Jabatan Kesihatan
JELI, 2 Jan. - Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.
Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.
Beliau berkata berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.
Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya. - Bernama.
*** Teh timbang ini sangat enak jika campor susu pekat lantas menjadikan ia tea tarik..tea tarik terlalu ramai pengemarnya..jadi macam mana yer..nak buat tea tarik kena guna tea bungkus lah..
7 Merujuk kepada perkara diatas :
Bahan perasa timbang juga bahaya pendek kata kalau bender tidak mendapt kelulusan semua bahaya.:(
ah sudah
bau memang sedap tak sangak ada keburukan
hahahaha, rokok yang di katakan bermacam2 jenis bahan kimia ler, bahan peluntur la, minyak tar la, dan bermacam2 jenis lagi, pun selamba badak jer orang hisap. setakat pekena teh tarik sambil lepak kedai kopi 3 jam pekena "dam aji" atau sembang politik, apa lah sangat kan? hihihihihi
Start esok tak nok order tea o dah...
Biawak Komodo tersenarai 10 benda ajaib di dunia
pOdahhhh.!!!!!!
mamak dah berkurun guna..kumpul harta bertimbun..,
baru skrg mau umum ka...??
cit..!
Catat Ulasan