GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 17 Februari 2011

Rakyat kita beli telefon bimbit RM4.5b


KAJIAN syarikat penyelidik pasaran, GfK Malaysia mendapati lebih 7.5 juta telefon bimbit bernilai lebih RM4.5 bilion terjual di Malaysia pada tahun lalu.

Pelanggan membeli 24 peratus lebih banyak unit telefon bimbit yang meningkatkan nilai keseluruhan industri sebanyak 30 peratus berbanding 2009. Dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam, syarikat itu berkata telefon pintar adalah penyumbang utama prestasi baik industri itu.

Sejak awal 2010, nilai jualan telefon pintar sudah meningkat secara tekal setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember.

Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan berkata, pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan trend pemilikan telefon pintar.

Pengguna juga terkeliru untuk memilih pelbagai sistem operasi (OS) yang ditawarkan oleh pengeluar telefon. Di segi sumbangan jualan keseluruhan, telefon pintar berada dalam kumpulan harga antara RM500 dan RM1499 dengan penguasaan 64 peratus dengan 38 peratus daripadanya bernilai lebih RM1000.

*** Hendphone sudah semacam satu keperluan sekarang ini..



12 Merujuk kepada perkara diatas :

sitinaminah02 17 Februari 2011 pada 12:00 PTG  

budak kecik pun dah ada henpon. apa nak heran

Miecyber 17 Februari 2011 pada 12:13 PTG  

Itu belum campur jumlah kutipan dari SMS di hantar lagi tu...

Patutlah Tan Sri Ananda Krishan boleh jadi orang kedua terkaya di Malaysia..

7 orang terkaya di Malaysia

Aku Anak Pahang 17 Februari 2011 pada 12:16 PTG  

Bilalah kawan nok ganti handset cap ayam kawan nie :(

kakmelor 17 Februari 2011 pada 12:39 PTG  

ye..weh..skarang hpon satu kperluan.dulu org kaya aja pakai hpon..

eelobor 17 Februari 2011 pada 1:16 PTG  

aiii....kawan pun dah banyak sangat menyumbang kepada angka RM4.5 bil tuh...

Ateh Nour 17 Februari 2011 pada 1:56 PTG  

Assalamualaikum,
Henset keh yang pertama dulu besonya saiz batu bata, lempor kekepala anjing mati..

Sekarang ni henset kecik,gengam pun tak nampok.

Bila pulok keh nok ganti henset cap ayam keh nih, orang pakai henset setaun 2 taun tuko, keh dah 5 taun tak tuko lagi. nampok gaya tak menyumbang sangat keh kepada industri telefon ni.

abu muaz 17 Februari 2011 pada 2:25 PTG  

tulah masalahny budak-budak U yang dapat pinjaman pun sibuk duk tukar telepon.

a.z.r.i.n.a.03.07 17 Februari 2011 pada 2:26 PTG  

pk-pk nak gak letgo hp ni
tapi baru 2 tahun pakai.
abg jeling nanti.huhu..

HoneyBUZZin 17 Februari 2011 pada 4:13 PTG  

sy ada 2 henpon.... klu satu bateri konk....satu lagi boleh pakai buat panggilan :)

Atiah 18 Februari 2011 pada 8:50 PTG  

orang sekarang semua mampu beli hp mahal2

Yaya Maisarah 28 Ogos 2011 pada 9:12 PTG  

rase untong jugak.. saye stiap bulan tuka enpon.. :)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP