GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 8 Mac 2011

Ibu bapa pelajar lakukan kesalahan trafik hadapi tindakan


* Gambar ehsan Google

KUALA LUMPUR 8 Mac – Ibu bapa yang anak mereka melakukan kesalahan trafik ketika ke sekolah bakal menghadapi tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh.

"Ini merupakan antara usaha bagi menurunkan kadar jenayah melibatkan pelajar sekolah selain membentuk jati diri mereka agar lebih berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman di sini.

Beliau berkata, tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dan perkara ini akan dilaksanakan dalam satu tempoh yang akan ditetapkan pada bulan ini.

Katanya tindakan ini merupakan kerjasama pelbagai pihak dalam membentuk sahsiah pelajar yang bebas daripada kesalahan trafik, jenayah jalanan dan samseng sekolah. – Bernama

* Sumber terkini ehsan Utusan Online..

*** Trafik blog bergerak perlahan..


4 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 8 Mac 2011 pada 9:09 PTG  

kepada mak bapak tu tegurlah anak tu ye..kan tak pasal2 mak bapak plak dapat masalah

Aku Anak Pahang 8 Mac 2011 pada 9:27 PTG  

Traffik blog pelahan org byk gi panpay gamoknya hehehe...

Sham 8 Mac 2011 pada 10:27 PTG  

anak kita tanggungjawab kita...!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP