Kes curi kondom
Tentu ramai yang sudah lupa tentang berita kehilangan kondom dari sebuah kilang di Batu Gajah Perak dulu ( siNi )
Terkini : kosmo Online
IPOH – Polis percaya telah menyelesaikan kes kehilangan kondom bernilai RM850,000 yang dilaporkan hilang pada 25 Januari lalu berikutan tertangkapnya enam lelaki dan penemuan semula barangan tersebut.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, enam lelaki yang ditahan itu berusia 23 hingga 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, buruh am dan kerja sambilan.
Mereka ditahan pada 15 Februari lalu di sini, Bidor, Batu Gajah serta di Puchong dan Klang, Selangor.
"Hasil daripada pemeriksaan polis kemudiannya menemui 258 kotak berisi kondom di sebuah rumah di Puchong dan sebuah gudang di Klang, Selangor yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut sementara menunggu pembeli,” kata Shukri pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tiga daripada lelaki berkenaan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan lampau.
Beliau berkata, empat daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi masih direman sehingga Sabtu ini. – Bernama
7 Merujuk kepada perkara diatas :
kan dah kene
Sallam,
Dia nak buat direct selling ke menda tuh..
Carilah bender yanga da pasaran bender gitu brapa kerat aje org nak gunakan hehehe :)
laku jugek rupernyer mende te yak! golongan manalah yg jadi prospeknyer?
patut le herga getah turun, kondom kene curi....kahkahakah
salam..
siapalah yang nak pakai nih
berapa punya byk tu..koi memang
tak guna mende gini..
:D
Ande permintaan banyok gamoknye....
Catat Ulasan