GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 19 Mac 2011

Kes ‘sexting’ meningkat


* Gambar Google


LONDON: Sebilangan kanak-kanak - sesetengahnya semuda 11 tahun - mengambil imej pornografi diri sendiri dan menukarnya dengan rakan mereka melalui telefon bimbit atau Internet, lapor pakar, semalam.

Satu kajian mendedahkan 40 peratus kanak-kanak berusia 11 - 14 tahun menggunakan telefon bimbit atau komputer untuk menghantar gambar diri sendiri atau menerima imej bogel dan separuh bogel rakan mereka.

Lebih daripada separuh golongan muda yang menghantar imej ini - trend yang dikenali sebagai ‘sexting’ - berbuat demikian walaupun tahu gambar berkenaan akan diedarkan kepada sebilangan penerima lain.

Empat dalam 10 daripada 11,000 kanak-kanak yang dikaji selidik merasakan wajar untuk mengedarkan gambar separuh bogel pelajar perempuan di sekolah mereka..

Pakar berkata, penemuan itu menunjukkan perubahan ketara pandangan kanak-kanak terhadap pornografi Internet - untuk menghasilkannya sendiri. Trend yang mengejutkan itu ekoran daripada saluran maklumat mengenai pornografi Internet dan seterusnya mendorong pelajar lelaki mengharapkan teman wanita mereka mudah melakukan hubungan dan menayangkan tubuh mereka. - TS

* Sumber myMetro

*** Ini sejenis penyakit yang semakin menular..


14 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 19 Mac 2011 pada 8:34 PG  

Cerlah gi amit gambor kat kebun bunga berlatar berlakang bunga2 lawa juge. :)

eelobor 19 Mac 2011 pada 9:00 PG  

setuju lah ngan akuanakpahang, takpun pi duk dalam hutan cam kameraman national geografic, boleh jual gak dengan harga riban2

Dr Zaira 19 Mac 2011 pada 10:20 PG  

sbb porn ni... budak2 ni belajar...

Syukri Mohtar 19 Mac 2011 pada 10:27 PG  

rase2 kat malaysia ade tak yg buat camni..

Nancypoh 19 Mac 2011 pada 12:19 PTG  

aduhai..tak tau malu mreka ni..bila dah tersebar kat internet, baru terkapai-kapai nak cari jalan kluar..bebudak lagi katakan..

Ateh Nour 19 Mac 2011 pada 12:27 PTG  

Sallam,
MasyaAllah, Penyakit ni perlu dibenteras segara demi maruah, agama dan bangsa,kena tengok2 juga hp anak2 kita, takut terjebak...

Siti Hajar Masri 19 Mac 2011 pada 6:00 PTG  

menyeramkan je cara cm gitu..nauzubillah..

saharul 19 Mac 2011 pada 8:23 PTG  

tak lama lagi ada le kite dengo kat sini pulak...

IrfanzBlog 19 Mac 2011 pada 10:08 PTG  

teruk betul..inilah akibatnya kalau menyalah gunakan kemudahan yg ada..harap2 kt Msia xde r cmnie..

Guru 19 Mac 2011 pada 10:24 PTG  

macam2 sekarang...
payah nak kata

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP