Kerajaan tidak akan sekat Internet
Demokrasi Digital : -
Lama tak dengar kisah mereka berdua ini..
'' Bagus dan terima kaSih pada PM.. Blogger punya suara dalam penyampaian maklumat dan juga untuk mengkritik ''..kata Azman Zahari..
'' Tapi koi tengok blog aok lain macam sekarang ni ..''..tanya Ahmad Zaki..
'' Mana boleh lain macam.. kawan blogger berhemah.. apa jua berita dan maklumat yang hendak kawan sampaikan mesti beretika ''..kata Azman Zahari lagi..
'' Blog aok memang lain macam sekarang ni..dah jadi caca marba..konsep bercelaru.. isu semasa sememang ada..tak kira isu lucah ke atau pun peristiwa yang pelik pelik..hiburan pun aok masuk juga..dulu tak macam tu ''..kata Ahmad Zaki lagi..
'' Kawan peduli apa..janji trafik tinggi.. masyukk ! ''..kata Azman Zahari..
'' Etika apa ke benda gini ''..kata Ahmad Zaki
* NAJIB bersalaman dengan penulis blog pada majlis perasmian Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Malaysia memberi jaminan tidak akan menapis kandungan Internet seperti mana yang pernah dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jaminan itu diberikan selaras dengan janji Dr. Mahathir kepada dunia ketika beliau membangunkan Koridor Raya Multimedia.
"Kerajaan pimpinan saya komited sepenuhnya terhadap pandangan bijak beliau itu, kami tidak akan memungkiri janji beliau," katanya ketika merasmikan Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN pertama di sini semalam.
Turut hadir ialah Dr. Mahathir selaku penaung Blog House Malaysia dan Presiden Blog House Malaysia, Syed Akbar Ali.
Persidangan dua hari itu bertema Blogging Mindfully and Responsibly dan dianjurkan oleh Blog House Malaysia.
Najib berkata, beliau yakin Internet merupakan enjin bagi pertumbuhan ekonomi dan portal yang menjadi hidangan untuk masyarakat berilmu.
"Ini terpakai bagi semua masyarakat malah kerajaan yang tidak begitu berminat dengan sisi demokrasi yang terdapat pada demokrasi digital pun boleh menggunakan bahagian digitalnya kerana implikasi ekonomi yang terdapat padanya terlalu besar untuk diketepikan," katanya.
* Sumber
7 Merujuk kepada perkara diatas :
kalau sekat, susah la... huhu
Bagus caca marba tu macam2 ada baru ada gaya seorg blogger yang hebat, paling penting trafik blog kita up :)
Etika itu perlu....
2 kembar beradik kongsi tarikh lahir
ohh ok ..
knp xsekat blog yang berunsurkan porno?? blogger skrg mkin mnjadi2.. sbb nk naikkn trafik, snggup buat entri lucah..
jemput singgah ANASAURUS :)
Kerajaan perlu sekat setiap web lucah dari luar negara di samping mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video seks, contohnya tidak boleh menggunakan telefon bimbit berkamera dan tidak dibenarkan menggunakan internet selama 5 tahun ke atas.
Catat Ulasan