Video : Gadis Turki islam pertama berbogel untuk Majalah Playboy
Tweet
BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.
Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.
Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.
Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.
"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.
Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.
Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.
Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.
Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.
Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi
* Sumber
Video : - Ketik ( siNi ) .. Awas ! jangan ketik jika anda di bawah umur !!!

*** Sekor lagi mencemar kan nama baik Islam..
18 Merujuk kepada perkara diatas :
sekular dan gillleeerrr.
budus... apela nak jadi.
Berat dah kalau macam ini sebab mengaitkan Islam itu. Buruk imej org islam sedunia :(
bengongg...
memang entah apa2 sekarang ni
Dah jadi anak derhaka dan di buang keluarga.
Inilah akibatnya bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu...
Top 10 negara sihat
sesatt...
hancur permpuan ni... semoga dia akan insaf...
dia kne jadi calon bebas la
apekah.. huhu
semoga menjadi iktibar kepada semua..
alahai perempuan..bila dah terlebih bijak begini jadinya..tsk!
macam mana nak order majalah playboy online ye?? nak buat koleksi !!
kalau mak bapak dia maafkan pun org2 islam yang lain tak mungkin dapat memaafkan....
Dah terpengaruh dgn idealogy barat..
umat makin hanyut
umat akhir zaman..
Seronok Yahudi dan Nasrani melihatkan seorang lai umat Islam telah mencemarkan agamanya sendiri.Nak bebas konon.Nak bebas jangan tinggal di atas bumi dan di bawah langit Allah.
bukan gini caranye mau bebas...senang bangat ini anak, udah keseronokan mempamerkan diri tanpa apa2 di mata ramai baru mau minta maaf...udah terlewat!!! apa ini caranya untuk bersuara dan bertindak??? gatal banget, memang harus kalau 'dimamah' oleh kaum peria yg kehausan nafsu!!!
Catat Ulasan