GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 23 Mei 2011

Gaji menteri dipotong

SINGAPURA: Kabinet baru negara ini berikrar untuk memotong gaji bernilai jutaan dolar diterima anggotanya sebagai sebahagian pembaharuan berikutan peningkatan sokongan diperoleh pembangkang dalam pilihan raya lalu.

Gaji yang tinggi anggota Kabinet adalah satu daripada isu yang menjadi kemarahan rakyat, selain peningkatan harga rumah, kos kesihatan dan keperluan asas serta persaingan ekonomi daripada lebih sejuta warga asing di republik itu.

“Kerajaan akan menepati kehendak semua lapisan rakyat,” kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, 59, selepas kerajaannya dilantik untuk memulakan pemerintahan penggal baru selama lima tahun, semalam oleh Presiden S R Nathan. “Kami akan mendengar dengan teliti pendapat berbeza, memahami kesukaran dan masalah harian dihadapi rakyat, peka dengan kebimbangan mereka dan bersikap terbuka kepada input yang boleh menambah baik khidmat kerajaan,” katanya lagi selepas mengangkat sumpah.

Tindakan pertama dalam senarai perubahan adalah isu kontroversi gaji anggota Kabinet, di mana kebanyakan anggota baru memperoleh lebih daripada RM2.4 setahun. - AFP

* Ini Menteri Singapura dalam kabinet yang baru.. harap Pak Menteri kita pun sama nanti ..selepas PRU13..



3 Merujuk kepada perkara diatas :

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail 23 Mei 2011 pada 1:28 PTG  

Malaysia nak wat camtu? jgn harap la...duit rakyat lagi dicantas ade la..huhuhu~

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP