GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 23 Mei 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat | 7 mangsa dikebumi dalam satu liang lahad


* Orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.. ** Kredit koSmo! Online

Hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.

Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.

Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.

Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.

Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.

* Alfatihah .. semoga roh mereka dicucuri rahmat..



7 Merujuk kepada perkara diatas :

::FAIZ:: 23 Mei 2011 pada 8:34 PG  

takziah pada ahli keluarga mangsa

Tanpa Nama ,  23 Mei 2011 pada 9:05 PG  

semoga roh mereka dicucuri rahmat

rafina mimi abdullah 23 Mei 2011 pada 9:17 PG  

kejadian ni sangat memilukan..alfatihah.....

Tanpa Nama ,  23 Mei 2011 pada 12:27 PTG  

Al-Fatihah........Allah lebih sayangkan mereka...smoga roh mereka dtempatkan bersama para syuhada.......solihin....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP