GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 4 Jun 2011

Angelina Jolie tak percaya sekolah


LOS ANGELES: Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak akan ke sekolah selama-lamanya.

Mereka beruntung bukan saja mempunyai ibu bapa paling glamor di Hollywood tetapi juga bernasib baik kerana ibu mereka tidak suka sekolah.

Aktres pemenang Oscar itu percaya sistem pelajaran begitu teruk hingga meyakinkannya bahawa anaknya lebih baik menghabiskan masa di rumah.

Angelina, 35, diselar kerana membawa anaknya ke seluruh dunia dan tidak menyekolahkan mereka.

Bagaimanapun, ibu enam anak itu berkata, gaya hidup mereka itu lebih banyak memberi sumbangan pelajaran untuk anak-anaknya daripada sistem persekolahan moden.

Angelina memilih untuk menggaji guru untuk enam anaknya - Maddox, sembilan, Pax, tujuh, Zahara, enam, Shiloh, lima dan pasangan kembar Knox dan Vivienne, dua.

“Saya tidak fikir kita hidup dalam zaman yang berbeza dan sistem pelajaran tidak memenuhi keperluan anak dan gaya hidup kami,” kata bintang Kung Fu Panda 2 itu dalam satu temuramah dengan akhbar The Independent, semalam.

“Kami sering menjelajah dunia dan saya adalah orang pertama yang akan berkata: “Siapkan kerja sekolah kamu secepat mungkin dan kita akan keluar membuat penerokaan. “Daripada bermain di bilik darjah, saya lebih suka mereka pergi ke muzium, belajar bermain gitar, membaca atau memilih buku yang mereka gemar.

Temannya, Pitt, 47, berkongsi pendapat dengan kekasihnya itu mengenai kebaikan gaya hidup yang mereka amalkan. Anak mereka belajar berdasarkan sistem persekolahan Perancis, Lycee. Mereka diajar di rumah oleh pengasuh dan juga guru pakar. - Agensi


* Sumber


4 Merujuk kepada perkara diatas :

Unknown 4 Jun 2011 pada 8:13 PTG  

itu cara dia.tapi wan rasa bagus jugak sebenarnya cara seperti itu.semua orang tahu bukan sistem pendidkan teruk

abadi romeo 4 Jun 2011 pada 10:44 PTG  

tak belajar pun tak ape..mak bapak jutawan..tidur dengan duit..

Granny Hani 5 Jun 2011 pada 7:41 PG  

tak caya sudaaaaahhhhhhhh...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP