GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 15 Jun 2011

Ketagih air liur budak


TOKYO: Polis Tokyo menahan seorang penganggur berusia 55 tahun di Tokyo kerana mempengaruhi tiga budak sekolah supaya meludah untuk merakam aksi itu, kata pihak berkuasa semalam.

Toshihiko Mizuno ditahan di Tokyo kelmarin kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh.

Jika disabitkan kesalahan, Mizuno boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda kira-kira RM37,800.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Mizuno melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan pada Oktober dan Disember tahun lalu.

Katanya, suspek mendekati mangsa - masing-masing berusia sembilan dan 10 tahun - sambil mendakwa kononnya sedang melakukan kajian mengenai air ludah.

“Mizuno memujuk budak terbabit supaya meludah bagi membolehkannya merakam aksi berkenaan.

“Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta mereka membuka mulut dengan luas untuk membolehkannya merakam bahagian dalaman organ itu,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, kejadian berasingan berlaku di luar sebuah apartmen dan di sebatang jalan.

Katanya, polis percaya Mizuno melakukan perbuatan itu dengan sengaja semata-mata untuk memuaskan nafsu seksualnya.

Sementara itu, dua agensi berita, Jiji dan Kyodo, melaporkan Mizuno dipercayai berjaya mendekati kira-kira 4,000 budak perempuan sejak mula melakukan aktiviti itu lebih 17 tahun lalu.

Agensi berita itu mendakwa, sepanjang tempoh itu Mizuno berjaya mengumpul aksi meludah kira-kira 500 budak perempuan.

Polis juga menemui 26 pita video di rumahnya yang merakam aksi meludah membabitkan lebih 200 budak perempuan. Jurucakap polis berkata, rakaman berkenaan dibuat di sekitar Tokyo dan bandar raya berhampiran, Saitama.

Bagaimanapun, setakat ini polis tidak dapat mengesahkan laporan dibuat dua agensi berita berkenaan. - AFP

* Sumber





1 Merujuk kepada perkara diatas :

eelobor 15 Jun 2011 pada 5:41 PTG  

ambik video cam gitu pun boleh kena caj jugak eh? kat sini, korupsi banyak berlaku tapi terlepas gitu jer

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP