Peserta ratu cantik Ukraine mati direjam
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.
Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.
Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.
Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.
Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.
Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.
Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.
“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM
2 Merujuk kepada perkara diatas :
fui....ni memandai-mandai ane nye ni...
-Yok mampir diluk = tak faham dengan industri perfileman sekarang
dia mati dalam keadaan yang mengaibkan.sepatutnya bbincang dulu dengan pihak y sepatutnya kalau hendak menjalankan hukum ini.
Catat Ulasan