GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 19 September 2011

RM3j kos jaga kandungan Beyonce

* Beyonce
Jay Z pastikan isteri dapat penjagaan terbaik

LOS ANGELES: Superstar Beyonce dan suaminya, Jay Z dilaporkan membelanjakan kira-kira $1 juta (RM3 juta) untuk memastikan tempoh kehamilannya berjalan lancar dan selamat.

Majalah Now melaporkan, pasangan itu melabur dalam semua aspek daripada pakar pemakanan sehingga losyen antitanda regangan dan bahagian untuk membantu Beyonce dan bayi yang belum lahir itu berada dalam keadaan baik.

“Beyonce menunggu lama untuk mendapatkan bayi ini dan dia bertekad menjaga kesihatan dirinya dengan baik,” kata sumber.

“Dia mengupah pakar pemakanan untuk merancang menu makannya yang terdiri daripada makanan organik, melakukan sesi urutan setiap hari dan mengeluarkan belanja banyak untuk mendapat losyen bagi mengelakkan tanda regangan serta memastikan beliau berada dalam keadaan baik.

“Beyonce diberitahu supaya menjaga dirinya dengan lebih berhati-hati berbanding sebelum ini dan Jay Z memastikan isterinya mendapat segala yang diperlukan,” katanya.

Majalah Now menyatakan bekas bintang Destiny Child itu tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap kandungan pertamanya, manakala sumber mendakwa perbelanjaan besar dikeluarkan untuk memastikan kesihatan penyanyi itu.

Akhbar The Sun pula melaporkan, Beyonce, 30, turut mengidam makanan pelik sepanjang peringkat kedua kehamilannya termasuk makan pisang yang dicelup dengan sos tomato dan menambah aiskrim coklat Mounds dengan sos cili.

Beyonce menjadi tajuk utama dalam Anugerah MTV Muzik Video kerana mengumumkan kehamilannya dilaporkan turut makan coklat Oreo yang diletak timun dan roti croisaint yang diletakkan coklat Daim cair, sebelum minum beberapa botol air halia.

The Sun melaporkan yang penyanyi itu kelihatan terlalu lapar selepas majlis anugerah berkenaan dan terus makan sebaik turun dari pentas. – Agensi

* Sumber Berita Harian Online



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP