GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 7 Oktober 2011

Hasilkan baju dengan gentian susu


* ENAM liter susu diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju.

HANOVER, Jerman - Seorang pereka fesyen yang juga merupakan pakar mikrobiologi, Anke Domaske mengejutkan dunia fesyen apabila berjaya mencipta baju daripada gentian susu. Domaske, 28, menemui cara menggabungkan susu tepung dengan bahan lain untuk menghasilkan sejenis fabrik istimewa. Rekaan pakaiannya diberi nama Qmilch.

"Fabrik susu ini mengandungi protein yang berperanan memastikan kulit anda berada dalam keadaan sihat. Pakaian bio merupakan satu trend baharu yang akan bermula dalam industri fesyen dan kami kini berada di hadapan," kata Domaske yang membangunkan gentian susu tersebut dalam tempoh hanya dua tahun.


* ANKE DOMASKE bergambar bersama model dan pakaian yang dihasilkan daripada gentian susu.

Dia juga percaya teknik yang dibangunkan dengan kerjasama Institut Fiber Bremen itu boleh diaplikasikan ke dalam industri lain termasuklah ubat-ubatan.

Sebelum ini, beberapa buah syarikat Eropah seperti H&M dan C&A telah menghasilkan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas organik.

Tetapi kebanyakan material organik adalah mahal untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa.Gentian susu tersebut mengandungi 18 asid amino yang memberi faedah kepada kesihatan. Untuk menghasilkan sehelai baju, Domaske memerlukan sehingga enam liter susu. - Agensi

* Sumber



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Nizam 7 Oktober 2011 pada 5:34 PTG  

Buat macam mane sekalipun koi nengok banyok juge orang tak cukuk kain...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP