Pekerja Alam Flora di Selangor ditawar kerja di negeri lain
Tweet
KUALA LUMPUR – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) memberi jaminan kesemua 765 pekerjanya di negeri Selangor tidak akan diberhentikan kerja sebaliknya bakal diberi peluang bekerja di negeri lain.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan (gambar kecil), kesemua mereka akan ditempatkan di negeri-negeri lain bergantung kepada permintaan para pekerja sama ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya ataupun Pahang
“Kita baru sahaja selesai menandatangani kontrak selama 22 tahun bermula 19 September lalu bagi menguruskan sisa pepejal di ketiga-tiga negeri tersebut.
“Berdasarkan kontrak baharu itu, terdapat kira-kira 2,000 kekosongan jawatan untuk diisi,” katanya di sini semalam.Mohd. Zain menambah, pihaknya bakal memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta bagi tujuan penempatan semula para pekerja terlibat.
Dalam pada itu, jelasnya, kontrak Alam Flora mengutip sampah di seluruh negeri Selangor akan ditamatkan pada 15 Oktober ini dan selepas tarikh tersebut pihaknya bukan lagi operator bagi mengutip dan membersihkan sampah di negeri berkenaan.
Sebelum ini ada akhbar membuat laporan kurang tepat mendakwa seramai 765 pekerja Alam Flora di Selangor akan hilang pekerjaan selepas kerajaan negeri bertindak menamatkan kontrak membersih sampah di negeri itu.
* Sumber Kosmo! Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan