GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 28 Disember 2011

Justin Bieber hadiah kereta pada rakan


* Bieber menghadiahkan kereta jenama Mustang kepada Ryan Butler yang merupakan rakan semasa zaman kanak-kanaknya. – AGENSI

LOS ANGELES 27 Dis. – Penyanyi remaja popular, Justin Bieber memberi kejutan kepada seorang rakan rapatnya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Mustang berwarna putih sempena hari Krismas.

Penyanyi berusia 17 tahun itu dilaporkan memberi hadiah tersebut kepada rakan zaman kanak-kanaknya, Ryan Butler ketika pulang ke kediamannya di Stratford di Ontario, Kanada sempena musim cuti Krismas.

Butler memuat turun gambar kereta itu bersama mesej dalam laman web Twitter.
“Justin menghadiahkan saya sebuah kereta,” tulis Butler dalam Twitter.

Setakat ini, Bieber dilaporkan mendiamkan diri berhubung hadiah itu, sebaliknya dia hanya memaklumkan pengalamannya bercuti bersama keluarganya dalam laman itu.

“Saya berasa lega dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi sempena Krismas ini,” jelas Bieber.

Dia juga memuat turun beberapa gambarnya bersama adik-adiknya Jaxon, 2, dan Jazmyn, 3 tahun.

Bieber tidak menyebut tentang teman wanitanya, Selena Gomez dalam mesejnya. - AGENSI

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP