GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 Disember 2011

Peon ( budak pejabat ) miliki harta berjuta

* SEBAHAGIAN wang yang dirampas dalam serbuan terhadap kediaman Narendra.

NEW DELHI: Seorang pekerja sebuah majlis kerajaan tempatan yang berpendapatan hanya RM250 sebulan ditangkap atas tuduhan rasuah semalam selepas polis mendapati dia secara sulit mengumpul harta yang banyak.

Narendra Deshmukh, 53, bekerja sebagai peon sejak 31 tahun lalu. Tetapi selepas beberapa aduan, polis menyerbu kediamannya dan mendapati dia jutawan yang memiliki empayar perniagaan dan hartanah serta sejumlah besar simpanan emas dan permata. Detektif berkata, sepanjang 31 tahun bekerja dengan Perbadanan Majlis Perbadanan Ujjain sebagai peon, Narendra secara rasminya hanya menerima pendapatan tidak melebihi RM95,000.

Bagaimanapun, polis yang menyerbu rumahnya menemui bukti dia memiliki hartanah bernilai lebih RM2.5 juta, rangkaian perniagaan, termasuk sebuah ladang, kedai menjual daging dan perniagaan memproses ayam bernilai kira-kira RM1 juta.

Mereka juga menemui resit simpanan untuk RM150,000, barangan elektronik bernilai puluhan ribu ringgit, barangan kemas bernilai RM15,000 dan 20 akaun bank yang belum disiasat.

Ketika polis tiba di rumah Narendra di Goverdhan Dham, mereka melihat anggota keluarganya cuba membuang barangan kemas dan wang tunai dengan mencampakkannya ke laman jiran.

Detektif percaya, sepanjang menjadi peon, Narendra bersubahat dengan pegawai kanan yang mereka syaki terbabit dalam kegiatan rasuah lebih besar.

Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan India berlaku secara berleluasa dan sudah menjadi perkara biasa bagi pekerja di pelbagai peringkat berkongsi wang suapan itu.

Bagaimanapun, polis terkejut dengan kekayaan melampau Narendra.

Timbalan Superintendan Polis Madya Pradesh, OP Sagoria berkata: “Sejumlah besar hartanya sudah dinilai. Peti simpanan banknya juga akan diperiksa. Kami juga akan menghantar pegawai ke Mumbai, Jalgaon dan Gurgaon untuk menyiasat secara terperinci kekayaannya.”

- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP