GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 11 Februari 2012

Hubungan Alif Aziz & Zarina Anjoulie Panas Gara-Gara Tidak Puas Hati


Foto mesra Zarina dan Aliff yang dimasukkan dalam entri Twitter pelakon wanita itu.
PETALING JAYA: Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz mendakwa kedudukannya sebagai penyanyi tergugat apabila pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menuduhnya menipu.
Aliff bagaimanapun enggan mengulas apakah isu yang dimaksudkan itu kerana diarahkan oleh syarikat rakamannya Sony Music.
"Saya tak boleh nak mengulas lanjut tentang isu tersebut selepas dinasihatkan oleh pihak Sony Music agar tidak memberi sebarang komen kepada pihak media.
"Tetapi saya akan menjelaskan semuanya apabila tiba masanya nanti. Cuma diakui, reputasi saya sedikit terjejas gara-gara kontroversi ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Antara entri Twitter Zarina
Tambah Aliff yang kini sibuk dengan rakaman album, dia berharap isu tersebut tidak diperbesarkan atau diputarbelitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Pada Khamis lalu, Zarina mendakwa Aliff telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya.
Pelakon itu turut menghantar entri melalui Twitter Aliff dengan memperkatakan mengenai video kelakuan penyanyi muda itu yang sedang mabuk.
Aliff Aziz
mStar Online yang cuba mendapatkan penjelasan Zarina mengenai maksud entri itu mengambil pendekatan untuk mengunci mulut.
Sebaliknya Zarina meminta mStar Online menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan.
"Tanyalah Aliff apa yang dia dah buat. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, maksudnya tiada apa-apa lah kot," kata Zarina ringkas tetapi berbaur sinis menerusi SMS yang dikirimkan.
Difahamkan, pelakon itu memberi masa dua hari kepada Aliff untuk meminta maaf berhubung masalah berkenaan.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP