James Bond rasmi Olimpik
Tweet
DANIEL Craig.
Craig, 44, dan kru filem yang diketuai oleh pengarah Danny Boyle diberi kebenaran ke bilik peribadi ratu minggu lalu.
Ratu Elizabeth yang menyambut Jubli Berlian tahun ini terpaksa menyekat pergerakan itu - yang akan membuat penampilan sepintas lalu di dalam istana itu.
Sumber di set penggambaran berkata: “Ia penghormatan terbesar buat penerbitan BBC dan Boyle untuk dibenarkan memasuki istana dan mendapat pembabitan ratu. “Mereka mahukan karakter filem Britain yang menjadi ikon ramai di dalam bangunan yang menjadi mercu tanda London dan sistem monarki Britain dan mereka dapat memasukinya.
“Menguruskan logistik penggambaran filem mengambil masa beberapa bulan dan ia tidak mudah - tetapi berbaloi akhirnya.” Kru perfileman diberikan arahan tegas untuk tidak memberitahu perkara itu kepada umum. Kamera dan telefon bimbit dilarang di set penggambaran.
DANIEL Craig.
LONDON: Pelakon Daniel Craig akan merasmikan upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 sebagai James Bond selepas menerima undangan secara peribadi daripada Ratu Elizabeth.
Elizabeth meminta Craig mengunjungi Istana Buckingham untuk menjalani penggambaran sebagai ejen 007 untuk upacara sukan besar-besaran di London itu. Dalam filem itu, dia tiba melalui undangan diraja untuk diberitahu misi terbarunya adalah merasmikan sukan berkenaan.
Ratu mungkin membuat penampilan tetapi Istana merahsiakan hal itu. Berbilion orang yang akan menonton televisyen di seluruh dunia akan melihat Bond mendapat arahan sebelum dia dibawa dengan helikopter untuk terjun dengan payung terjun ke stadium Olimpik di Stratford, timur London.
Craig, 44, dan kru filem yang diketuai oleh pengarah Danny Boyle diberi kebenaran ke bilik peribadi ratu minggu lalu.
Mereka turut merakam adegan helikopter dan payung terjun. Boyle, pengarah kreatif untuk upacara pembukaan memilih untuk menjadikan ejen M16 Bond sebagai kunci utama tontonan yang akan memulakan Sukan Olimpik.
Ratu Elizabeth yang menyambut Jubli Berlian tahun ini terpaksa menyekat pergerakan itu - yang akan membuat penampilan sepintas lalu di dalam istana itu.
Sumber di set penggambaran berkata: “Ia penghormatan terbesar buat penerbitan BBC dan Boyle untuk dibenarkan memasuki istana dan mendapat pembabitan ratu. “Mereka mahukan karakter filem Britain yang menjadi ikon ramai di dalam bangunan yang menjadi mercu tanda London dan sistem monarki Britain dan mereka dapat memasukinya.
“Ia akan menjadi adegan menakjubkan untuk semua penonton di rumah dan di dalam stadium pada 27 Julai kelak.
“Menguruskan logistik penggambaran filem mengambil masa beberapa bulan dan ia tidak mudah - tetapi berbaloi akhirnya.” Kru perfileman diberikan arahan tegas untuk tidak memberitahu perkara itu kepada umum. Kamera dan telefon bimbit dilarang di set penggambaran.
Adegan yang akan disiarkan dalam upacara pembukaan itu diberi judul ‘The Arrival”. - The Sun
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan