GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 6 April 2012

Kahwin tepi jalan


PALSU...sijil nikah yang dipalsukan sindiket untuk menipu pasangan

IPOH: Di tepi jalan pun boleh asalkan bayar. Khidmat jurunikah palsu ini bergiat aktif di Perak dan beberapa negeri lain untuk pasangan yang tidak mendapat restu ibu bapa atau suami yang ingin berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Sindiket nikah palsu itu yang didalangi warga tempatan menawarkan khidmat berkenaan dengan bayaran RM2,000 hingga RM5,000 dan mengambil masa kurang 10 minit untuk proses pernikahan sebelum pasangan diberi sijil nikah.

Sumber Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) berkata, khidmat jurunikah palsu itu dipercayai diiklankan sindiket melalui Internet menggunakan laman sosial dan iklan di kaki lima selain disebarkan individu yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

Menurutnya, sindiket dikenali ‘nikah 10 minit’ itu didalangi seorang lelaki tempatan digelar ‘Tok Ayah’ berusia 50-an yang berperanan sebagai jurunikah.

“Tok Ayah dibantu beberapa individu lain dikesan menawarkan khidmat nikah itu bergerak dari satu lokasi ke lokasi. Malah, mengadakan majlis nikah itu di sebarang lokasi, termasuk di tepi jalan.

“Pelanggan diberikan taklimat seringkas mungkin sebelum ijab kabul dilakukan. Setakat ini, maklumat mendapati Tok Ayah yang berasal dari Kedah, aktif menjalankan kegiatan itu walaupun menyedari menyalahi undang-undang,” katanya

* Sumber myMetro


Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP